Pages

Thursday, July 4, 2024

Berakhir Sem 2

Hari ni paper last Kak Widad. Semester ini ambil 2 paper je sebab kakak dapat transfer kredit beberapa subjek. Keputusan transfer kredit dapat lewat, kalau tak bolehlah ambil paper lain sebagai ganti. Tapi rasa kakak mesti nak ikut subjek yang telah diprogramkan supaya boleh study dengan batchmate.

Ini je beg yang kena bawa balik. Nak angkut naik bas macam leceh pula. Kakak tumpang kawan bernama Hannah yang tinggal di taman berhampiran. Haritu ibu tanya nak ke kalau ibu ayah ambil. Katanya taknak susahkan ibu ayah. Masa balik cuti raya haji haritu dah bawak balik 2 beg besar. Ini barang yang tinggal berupa alatan mandi, iron dan plastic drawer.

Selepas ini kakak akan bercuti semester selama 3 bulan sebelum menyambung kuliah semester 3 dan semester 4 secara online. Setahunlah kuliah di rumah sebelum sambung semula di kampus. Sem 5 & 6 pula kakak akan menyewa di luar kampus sebab asrama hanya untuk pelajar tahun 1 sahaja.

Berbalik pada cerita hari ini, Kak Widad dan kawan2 gegirl staycation 1 malam di homestay area pantai. Sajelah tu nak healing² after exam.

Ikut perancangan awal memang nak balik Jumaat malam dan ibu dah siap belikan tiket to & fro. Tapi hari yang kakak exam 1st paper tu masih tak berapa sihat itu yang kakak nak balik lepas habis paper ke-2. Jadi ibu belikan tiket lain. Semalam kakak beritahu nak teruskan staycation dengan kawan² sebab dah sihat. Ibu ayah ok je yang penting kakak sihat dan enjoy. Burnt lah tiket untuk hari ni.

Coursemate kakak yang sangat awesome.

Kakak seronok belajar dengan mereka.

Alhamdulillah kakak punya kawan² yang baik.

 

8 comments:

  1. Wwah...kak widad dah habis semester 2, yeayy....yg best tu lepas ni kak widad sentiasa ada ngan ibu kan...kelas online aje...Dania baru nak daftar Sem 2 19 July nanti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah.. dok rumah kelas online.. siang dok sorang-sorang.
      Cepat rasa masa berlalu.. Dania nak masuk Sem 2 dah.

      Delete
  2. Zaman ni lah anak2 akan belajar bertanggung jawab, selain dari belajar yang formal tu.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulilah....Dania baru nak final exam Julai ni sebelum last paper 24 Julai ni dan ya cuti sampai masuk balik awal Oktober dan plan nak kerja part time.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah dengan Widad.. 3 bulan ni katanya nak buat part time.

      Delete
  4. Melihat foto2 ini rindu pula masa2 kuliah 😍😄.

    ReplyDelete