Pages

Sunday, July 21, 2024

Jalan-jalan Cari Sarapan (JJCS) - Sajian Kopiroad

Pagi tadi sebelum Kak Widad gi jogging kat Dragonfly, Kawi ajak gi food hunting lepas dia balik. Ibu tak ikut sama sebab semalam dah pergi😅

Kali ni kita try kedai makan bernama Sajian Kopiroad yang terletak di Jalan Kopi. Senang bubuh nama kedai camni tapi sebab ejaan tu ia nampak lebih menarik.

Gerai ni dibuka sehingga jam 4 pm dari Selasa - Ahad. Isnin tutup.

Suasana dalam kedai yang open.

Kuih-muih dan roti canai juga ada selain menu berat seperti nasi lemak, pelbagai jenis mi dan beberapa lagi menu lain.

Ibu ambil kopi Kopiroad ice RM3.50
Kawi pesan ais kosong sahaja.

Try Laksa Johor RM8

Set lempeng + sambal ijo RM3

Telur 1/2 masak RM3.50

Terpaksa minta gorengkan sahaja telur 1/2 masak tu sebab nampak macam 1/4 masak. Putih telur masih nampak mentah. Susah nak dapatkan telur 1/2 masak kalau makan di luar. Kawi kata kalau 1/2 masak lebih baik ibu yang buat.

Pelayan tanya mahu tak tukar yang lain.. risiko boleh dapat kejadian telur yang sama jadi kami menolak sahaja.

Berdua sahaja sebab Abang Imi 5.30 pagi tadi sudah keluar dengan Abang Izzat. Makan kat kedai mamak selepas itu ke Pantai Remis tengok sun rise. Kemain lagi eh... Rasa Bami tak tidur lah tu malam tadi sebab kata nak tengok TV bila ibu masuk tidur.


Menu di Kopiroad.

Total damage pagi ni RM18

Lepas makan cari lauk dan sayur

Jumpa plak ikan Lumek ni.
Boleh lah buat goreng tepung nanti.

Abang Mi baru balik katanya nak tidur.. jangan kacau tau... jangan sesiapa kejut😁

Imi takkan minta ibu masak lunch.

Ayah pun sampai dari Kedah lambat lagi.
Kawi tengahari taknak makan.

Wowww... senang kerja ibu🤣🤣

Bolehlah ibu sambung layan KDrama Doctors ni.


 

12 comments:

  1. Assalamualaikum, bagus bangun pagi nak tengok sun rise. Sedap set lempeng tu, rasa macam tak cukup:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam BP.. budak muda seronoklah nak berjalan pagi2 sebab ada geng hehe
      Kalau lempeng tu je memang tak cukup tapi sebab ada Laksa Johor senak juga perut dibuatnya.

      Delete
  2. Replies
    1. Salam kenal juga OB.. nanti akak knock knock pintu rumah awak ya 😉

      Delete
  3. Tak pernah dengar ikan lumek tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. BIla-bila pergi pasar kalau ada kena beli Cie.
      Try lah.. sedap tau goreng tepung. Kalau guna tepung bestari kena campur dengan tepung gandum juga untuk elak masin.

      Delete
  4. Ikan lumek tu rare la. Tak pernah makan lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena try Ezna. Kalau perasan ada ikan masin yang nipis digoreng rangup. Guna ikan lumek ni lah. Kalau jumpa beli tau.. goreng tepung. Sedap.

      Delete
  5. Replies
    1. Sekarang banyak cafe hipster jual lempeng gini CCL.
      Kalau tak jumpa dan rajin boleh buat sendiri je.

      Delete
  6. Senang kerja ibu, tak pyh masak lunch

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok kalau ada peluang tak perlu masak 😁

      Delete