Pages

Sunday, July 14, 2024

Ole-ole Dari Tanah Suci

Alhamdulillah kami adik beradik merasa buah tangan dari Mekah dan Madinah. Hari Khamis ritu dapat tapi belum sempat cerita.

Masing² dapat

  • Sehelai jubah - ibu
  • Sehelai T-shirt - ayah
  • Sejadah printed name untuk ibu, Kak Widad dan Wafi
  • Kopiah untuk Rahimi
  • Key-chain untuk anak² buah
  • Coklat
  • Gula-gula
  • Roti
  • Kamera mainan bergambar buat kanak² (kami tak dapat sebab tiada anak kecil😅)
Senaskah Al-Quran bersaiz  B5 dari Madinah.
Ini pemberian Cik Anuar.

Key-chain Kaabah dan Clock Tower.

Siap tulis nama.

Siap dapat pesanan lagi.. maklumlah jubah semua sama.. nanti balik rumah nenek kot basuh kat sana takut tertukar pulak.

Pembahagian harta dagangan.

Ummi dan Cik Wada dah bungkus siap² kat rumah nenek masa kami sampai jadi tak tahulah siapa bagi apa. Rahsia menurut mereka 😅

Terima kasih ummi, Cik Anuar, Cik Wada dan Cik Hannis atas ole² dari Mekah dan Madinah.

Sunat menziarahi orang balik haji.. dapatlah mendengar pengalaman mereka di sana. Kena duduk lama sikit dengar cerita lagi. Macam² kisahnya.

Tak sabar pula untuk pergi.

Semoga Allah jemput kami pula🤲



 

9 comments:

  1. alhamdulullah bisa dapat kesempatan ke tanah suci
    saya masih belum ada kesempatan
    semoga besok2 bisa dapat kesempatan untuk kesana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga kita semua dapat panggilan istimewa ini secepat mungkin.

      Delete
  2. waktu kami kecik, kami tertunggu2 org balik mekah sb nanti akn dpt gelang ke, celak mata ke,.. inai ke.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, kalau dulu2 itulah kebiasaannya ole2 yang akan dapat. Gelang Mekah kaler maroon dan hitam memang legend. Rupanya sekarang pun masih ada sebab mak haritu dapat dari kawannya.

      Delete
  3. Aissh bagus2 souvenir yg di dapat kak 😍😍👍. Sehabis musim haji memang banyak lah yg baru balik dan bawa oleh2 dari tanah suci. Semoga kita pun cepat dipanggil kesana juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin.. semoga kita diberi peluang secepat mungkin untuk ke sana.

      Delete