Keluar dari hospital kami cari makanan pula. Ayah tanya nak singgah tak Pekan Rabu. Ibu taknak sebab badan dan melengas sangat. Cuaca panas betul hari ni.
Balik utara mestilah nak cari makanan authentic kat sini. Ayah dok sebut nak cari Murtabak Ros la... cucur udang la..
Ayah google cari cucur udang yang sedap area hospital. Nampaklah review Mat Cucur Udang.
Memang puas hati. Sedap sangat walau pertama kali makan. Biasa nampak orang share tapi tak pernah jumpa. Cili tu memang diberi asing.. ikutlah banyak mana nak bubuh. Ibu letak separuh je sebab taknak pedas.
Orang Kedah sebut popiah ni ada sengau sikit๐
Nama kemain lagi tapi roti canai + telur mata gediks.
Disebabkan cuaca yang panas, terpaksalah beli air ais. Puaslah minum manis hari ni.
Aci lah... bukan selalu๐
Betul² jalan jauh hari ni.. lama atas highway. Sampai 5 entries terus dalam blog. Mujur coverage bagus.
Kejap lagi sampailah rumah Tokwan. Lena awallah malam ni. Letih dah.
Esok pagi nak kena balik Klang dah.
Aiiiiiih semuanya keliatan enaaak kak ๐๐. Rindu makan popiah dan cucur udang seperti itu. Trakhir saya makan di dapur Serawak KL. Cucur nya saya sukaaa sangaaat
ReplyDeleteStyle kat Kedah ni cucurnya bubuh tauhu.. kalau cucur udang sahaja pun sudah sedap.
DeleteGeramnyer tenguk minuman ais tu
ReplyDeleteDahlah cuaca panas nau sekarang.
Nikmat betul lah ni WP dapat minum ais. Kat Kedah panasnya lain macam. Mungkin lama dalam kereta sejuk aircond, bila keluar kereta menggelupur sampai sakit kepala.
Deletesedapnya roti dhol tuh
ReplyDeleteMacam roti canai biasa. Sedap juga sebab kuah dalnya pun sedap.
DeletePopiah tu nampak sedap... Lama tak makan
ReplyDeleteBanyak jenis makanan kat Malaysia ni kan.. kadang sampai kita pun lupa bila kali terakhir kita makan hehe
DeletePopia basah kegemaran kita tu.. tpi tu la nak cari yg betul2 sedap susah dah skrng..
ReplyDeleteBetul²... husband yang beli tapi dia tak berapa puas hati.
DeletePopiah tu mengancam la....lama pulak tak makan.
ReplyDeletekurang menyengat lah Ezna.
DeleteSedapnyaaaaaaa. Paling menawan hati popiah basah dengan cucur udang cicah kuah kacang tu. Rindunya nak pi Pekan Rabu. Masa kami dok LI kat Merbok dulu, 2 minggu sekali mesti lajak ke Pekan Rabu.
ReplyDeletePatutlah husband dok beria cari cucur udang kuah kacang kat sana. Kat sini jarang ada kuah kacang biasa sos cili je ada.
Delete