Dah jadi acara tahunan pula bila ketiadaan air ni😅. Kadang tak ada air... kadang terlebih air pula bila musim tengkujuh hingga menyebabkan banjir.
Kat rumah air masih ada sebab guna tank besar. Cuma air tak naik ke sink dan mesin basuh. Kain memang tak basuh lah.. nak cuci pinggan kena ambil dari bilik air.
Air beli sahaja yang bottled. Tak perlu mengisahkan untuk masak air.Dah pesan kat ayah beli makanan siap² otw balik kerja. Ada beberapa daerah yang tidak terjejas sebelum ayah sampai ke rumah. Nampak jauh betul ayah kerja tu😁Memang ibu taknak masak sebab susah nak cuci². Ada benda mudah... tak perlulah nak susah² kan diri (malas pun ada🤭🤭).
Dijangka Jumaat akan selesai semuanya tapi ada beberapa tempat sudah mendapat bekalan air walaupun agak slow.
Teringat cerita Wafi bila time tak ada air ni. Tahun lepas bila Wafi beritahu kawan² baru yang dia berasal dari Selangor, kawan² panggil dia Selangor. Selangor terkenal sebab pasti ada sahaja cerita tak ada air. Gamaknya kawan² tu kerap tengok berita pasal air di Selangor. Bila cerita pasal air, kawan² pandang² Wafi lepastu gelak².
Wafi tak adalah nak marah atau sakit hati sebab dia tau kawan² melawak je.
ha stress bila takde air tapi nasib baik la kali ni area rumah saya sekejap je takde.. walau lepas tu halusss sangat air yg kluar, janji ado hehe
ReplyDeleteHalus takpe asal ada
DeleteHarap2 cepat pulih la ye area akak... Dekat rumah Linda, alhamdulillah ada je air...
ReplyDeletePagi tadi air sink belum ada lagi huhu
DeleteMoga cepat la pulihnya....takde air ni susah hati juga....
ReplyDeleteItu lah... weekend ni nampaknya kena basuh baju banyak lah.
DeleteKawasan kami pun termasuk dlm senarai tapi alhamdulillah air tangki cukup and bekalan air pun dah kembali. Tak terasalah ketiadaan airnya kali ni wpun ikutkan terjejas juga.
ReplyDeleteSekarang Kedah pun ada isu air... Dulu my in laws selalu gelakkan kitorg yg dok Selangor ni, skrg rasakan 🤭
Haha.. rasain ya..
DeleteNampaknya belum selesai juga masalah air ye.
ReplyDeleteItu lah.. tak habis2 isu nya. Kali ni pencemaran bau pulak.
DeleteSelagi kilang2 berdekatan sungai takde rasa tanggungjawab, penduduk sekitar pasti terjejas.
Ohh yg Selangor saja yg sering seperti ini ya kak. Paling susaaah lah kalo air tak ada 😔. Aktifitas rumah pun JD tersendat. Semoga sekarang ini sudah membaik yaa
ReplyDeleteHarapnya begitulah. Kalau berjadual tak apa, boleh standby. Ini yang impromptu memang menyusahkan.
Delete