Pages

Tuesday, July 16, 2024

Khabar Dari Asrama

Setelah 7 hari menanti khabar berita barulah hari ni jam 2 lebih terima panggilan ceria dari Wafi. 

Ni kalau 14 hari tak call, ibu nak pesan kat mak² geng Klang Valley (KV) minta anak mereka begitau Wafi, ibu dah rindu😅.
Takpun kalau dah nazak sangat rindunya nak minta cikgu UBK sampaikan pesanan ibu😃

1st sekali ayat Wafi

Ma... sorry tau.. kita dah lama tak call mama.

Terus ibu cair😄
Tak jadi nak merajuk hehe...

Wafi beritahu dia dan kawan² ada game kriket di SMK Ibrahim. Sekolah ni dalam Sungai Petani juga.

Kalau tak 5 orang je F2 yang jadi wakil tapi diorang pujuk² cikgu agar semua geng F2 seramai 8 orang dapat pergi.

Jadi lepas call ibu, Wafi nak bersiap² tukar baju sebelum gerak ke SMKI.

Mujur jugalah Wafi call sebab ibu nak beritahu yang hari ni ibu ada hantar parcel berisi ubat sapu, fish oil dan makanan ringan. Kalau tak call terpaksalah ibu pesan kepada cikgu UBK untuk beritahu Wafi bila barang dah sampai.

Biasanya parcel akan sampai dalam masa 1-2 hari. Kalau pick-up pagi the next day dah boleh sampai. Ibu guna perkhidmatan kurier GDex dan mempunyai akaun personal. Kurier akan pick-up di office.

Ini gambar² Wafi sebelum balik ke asrama pada 7/7/2024

Pasti rindu moment² breakfast sebelum pergi sekolah. Setiap pagi without failed di situlah Wafi duduk makan.

Sukar untuk melepaskan.

Siapa sangka anak yang masa kecilnya berdukung untuk ke bilik air sampai lenguh lengan ibu, kini usung bagasi sendiri naik ETS. 

Terima kasih Wafi kerana menjadi anak yang berdikari🥰
 

11 comments:

  1. Semoga yang baik2 untuk wafi... Insya-Allah...

    ReplyDelete
  2. Looking back, kadang kita tak sangka anak kita dah besar, dah pandai bawa diri dan berdikari kan Kak...
    SMI tu kira femes gak kat SP tu kan... Selalu dengar namanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah.. cepat betul masa berlalu.
      SMKI tu Wafi pernah beritahu beberapa kawan dia sekolah situ sebelum masuk sekolah sekarang.

      Delete
  3. Assalamualaikum sis, cair ibu bila anak cakap sorry kan.. Moga wafi dalam lindunganNya selalu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam babypose, betul.... terus lembut hati ibu hehe

      Delete
  4. Anak walau dah besar mana tetap ibu dia risau dan masih anggap anak tu baby ibu lagi....touching pulak post ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ia, seorang ibu tetaplah mikirkan anak-anak huhu... harap mereka pun begitu.

      Delete
  5. Anak bujang F2 ammi akan call tiap 2-3 hari. Tp si kakaknya yg f4 alahai, seminggu sekali je dia call

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronoklah boleh dengar cerita anak banyak2 Ammi.
      Kakak dah seronoklah tu kat sana.

      Delete
  6. Seminggu tu ..mesti laa rindu ..dapat bercakap lama 2jam tu lepas rindu sikit kan ..mak mana yang tak rindukan anaknya ..

    ReplyDelete