Pages

Friday, July 12, 2024

Makan² Di Suki-Ya

Hari ni ibu dan officemate dinner di Suki-Ya, I-city Central Shah Alam. Geng adik² lah suggest nak hang-out bila dah setel monthly closing. Ibu on je sebab hari ni after office memang free.

Harga buffet yang tertera. Tadi seorang makan RM56.60

Jangan keliru pula dengan Sukiya Bowl. itu restoren lain. Ada satu di Setia City Mall. 

Ia adalah restoren makanan Jepun.

Kami pilih kuah Kimuchi dan sukiyaki.

Appertizer lah kununnya.. makan sushi dulu sebab dah lapar.

Restoren ni menyediakan hirisan ayam, daging lembu, daging kambing, sayur-sayuran seperti salad, cendawan dan segala jenis bebola.

Di restoren ini tiada hidangan seafood seperti udang dan sotong.

Ibu ada baca cara nak makan di Suki-ya ni. Mula² masukkan daging dahulu. Kemudian masukkan sayur-sayuran. Diikuti bebola dan kemudian masuk mi. Bukannya masukkan semua sekaligus. Masukkan daging dahulu agar kuahnya lebih berperisa.

Hirisan ayam yang sangat nipis.

Begitu juga daging.

Celupkan daging dalam sup sekejap sahaja sebab hirisan daging ni terlalu nipis. Sekejap sahaja sudah masak dan lembut sahaja bila masuk mulut.

Aiskrim matcha + coklat sebagai dessert. Ada juga buah tembikai.

Kami berenam sahaja bila kawan² lain tidak dapat turut serta.


Geng anak² ni rajin ajak makan². Kami follow je lah. Mujur tempat² makan yang dipilih tak jauh dari ofis dan rumah.


Lepas makan duduk² sekejap bagi relax perut. 

By 8.30 pm kami gerak balik. 
Perut kenyang.. mata pula mengantuk huhu

 

4 comments:

  1. Nipisnya daging tu dipotong, nampak lawa hihi...
    Aiskrim tu pun nampak sedap 👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah.. tak boleh bayangkan diorang potong camne.. mungkin ada mesin nya.

      Delete
  2. Sebab tu bleh repeat daging tu kak, potong nipis giler kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makan pun senang.. takdelah lama nak mengunyah

      Delete