Pages

Sunday, August 24, 2025

Makan Malam Di Tanah Aina Cafe By Farhana's Oven

Sebelum balik rumah ayah ajak dinner dulu. 

Tanah Aina Cafe ni berhampiran dengan JBR Bundle.
Bila check entry lama juga tak datang sini.
Last sekali tahun 2021.

Suka pokok-pokok berbentuk gini.

Nampak dekorasinya pun dah berubah. Sebelum ni tema kayu.
Sekarang nampak lebih ringkas namun moden.

Tengok-tengok je sebab tak teringin nak makan kek.



Sudu black chrome.

Info tentang Tanah Aina.

Ibu pilih jus nanas kosong sebab tekak dah rasa loya... mungkin perut dah kosong sebab last makan jam 9.30 pagi. 

Fettucino carbonara, ibu dan Kak Widad kongsi.

Beef burger pilihan Bami.

Pizza share.

Ayah pilh fish and chip.

Portion makanan kat cafe ni banyak, jadi terpaksa juga bungkus bawa balik pizza dan burger.

Semua nak minum manis sebab badan dah rasa lemah.... Kak Widad yang tak minum manis pun kalah hari tu.

Abang Imi dan ayah dah lapar... cepat-cepat ambil pizza.

Omeyyy tak ada.. masa ni dia tengah siap² nak ke AEON Bukit Tinggi. 

Kalau ada pasti chicken chop akan jadi pilihannya atau menu berasaskan ayam.


 

12 comments:

  1. Lalu Tanah Aina banyak kali di Bentong, tak pernah singgah. Ramai kata sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pernah makan yang kat Bentong, yang kat Shah Alam ni sedap kecuali teh tarik yang diorang order.
      Cair sebab masa panas bubuh ais.

      Delete
  2. Oh Tanah Aina ni ada cafe jugak. Yang kat Bentong tu ada isu kan dorg dah tutup.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang kat Shah Alam ni cafe Cie... kat Bentong resort tapi ada kafe juga.
      Kalau tak silap kerajaan negeri Pahang ambil tanah jadi jalan masuk ke Tanah Aina tak ada. Tak sure dah resolve ke belum.

      Delete
  3. Rasanya last datang sini dengan Wak Aton pada September 2016. Waktu tu Wak Aton hantar kita dari rumah emak di kampung, ke airport travel Bosnia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lama sangat dah tu.. kena pergi lagi ni hehe...

      Delete
  4. Cantik kak Widad..bagusnya kak Widad tak minum air manis..zaman² remaja Linda.. memang air manis je lah kalau order..tak hirau berat badan berapa pun masa tu..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Enjoy semasa muda tu.. tapi Linda kughuih je.
      Wafi je minum manis... Bami dan Kawi kurang... dulu masa diorang kecik masuk resto fast food.. dah lah takde air kosong, memang kena bawa botol air sendiri.

      Delete
  5. Bentuk burgernya unik ya kak.. sesekali tak apa minum manis. Saya pun kadang cheating. Tapi biasany pilih juice buah asli tanpa gula. JD manis alami saja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Burgernya dan rupa pancake.
      Sesekali cheating kan... tak perlu rumit²kan hidup 😅
      Asal tahu batas.

      Delete
  6. Cantiknya deko pokok-pokok hijau kat luar tue ..sejuk mata memandang .. tenang .. spot ootd juga tu

    ReplyDelete