Pages

Sunday, September 19, 2021

Lunch di Tanah Aina Cafe by Farhana Oven

Selepas selesai beli pakaian sukan di Decathlon Shah Alam, ayah suggest untuk makan tengahari di Cafe Tanah Aina yang terletak di Batu 3, Shah Alam.

Semasa kami sampai, hanya 2 meja sahaja yang ada pengunjung. Hujan kemain lebat lagi kat luar tu.

Ayah sedang memilih menu.

Ada Cake Fiesta... dengan setiap pembelian sepotong kek ada complimentary teh atau kopi. Since kami nak lunch, takde lah ambil kek kat sini.

Nampak sedap.

Ini kali ketiga kami makan di sini dan setiap kali datang meja no. 3 jadi pilihan dan kebetulan masih  kosong.

Sentiasa ada menu baru selain yang ada di buku menu.

Tempat ni sangat cozy.

Oglio Olio pilihan Kawi.

Makan tak tengok kiri kanan dah.
Ke mana-mana suka sangat oglio olio.
Ibu pun pelik sebab masakan ni terlalu simple walaupun sedap!

Ayah makan laksa Penang.
Cukup rasa... pekat. Mangkuk tu lain macam je bentuk dia.

Bila semua dah habis makan, baru lah makanan ibu sampai.
Ayam balado.
Kongsi makan dengan Kak Widad.

Ayah order teh tarik.. complimentary biskut kacang yang Kawi cepat-cepat ambil masuk mulut.

Dessert Kawi ambil kek Biscoff.
Makan 3 orang.

Main entrance dari tepi.. tak dapat ambil dari depan sebab hujan lebat sangat.

Cafe ni dikelilingi pokok-pokok sebab ini signature Tanah Aina yang bermula dengan resort. pasu-pasu kecil ni terletak bersebelahan pintu masuk.

Cafe terletak di Wisma Tanah Aina di kawasan perumahan dan senang access.

Hari ni dari tengahari sampai ke malam hujan masih turun.
Sejuk.
Thank you Allah.

4 comments:

  1. Di sinilah saya berkenalan dengan durian goreng. Kakak saya bawa dinner ke sini sebelum saya terbang ke Bosnia pukul 2 pagi 4 tahun lalu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Owh... patutlah ada bau durian masa kami lalu satu meja ni sebelum keluar.. mungkin mereka juga makan durian goreng. boleh cuba lainkali ni.

      Delete
  2. Menarik cafe dan menunya. Teringin nak pergi bercuti kat salah satu Tanah Aina Resort.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah Fizah.. sikit masa lagi boleh jalan2 dah. sekarang Genting, Melaka dan Pulau Tioman pun dah boleh pergi.

      Delete