Dari Osaka Castle kenalah berjalan semula ke train station. Turun naik tangga/eskalator lagi. Ikut je lah tour guide. Rasanya turun di Shinsaibashi Station.
Shinsaibashi merupakan kawasan perdagangan dan hiburan terkenal di Osaka.
Shinsaibashi-suji Shopping Street pula adalah lorong membeli-belah berbumbung sepanjang kira-kira 600 meter.
Dikelilingi kedai-kedai fesyen, butik mewah, kedai kosmetik, restoran, dan kafe.
Menyambungkan Shinsaibashi Station ke kawasan Namba/Dotonbori.
Restoren Halal Honolu Grande Shinsaibashi.
Aghhhh... curam pulak tangganya tu. Ibu ni dahlah sejenis yang gayat.
Order cepat-cepat... boleh cepat makan.. lapar. Mana tak lapar, last makan berat kan kat flight dari Hanoi ke Kansai jam 3.30 pagi. Jalan merata-rata pula.
Order yang berlainan jadi boleh share makan.
Hidangan yang dipesan cepat je sampai. Mungkin menu yang disediakan tak banyak jadi senang staff sediakan.
Puas hirup kuah sebab senduknya besar 🤣
Sidai macam tu je wagyu nya 😂
Diorang cakap macam nenek sidai kulit lembu je hahha
Mula-mula ingat nak order Wagyu Steak tapi nanti takut tak kenyang pula, itu yang ambil wagyu ramen. Tambahan pula kalau ambil Wagyu Steak Sirlion 250g, harganya ¥11,000!
Nasi di Japan agak bulat.
Jauh-jauh datang kena lah rasa makanan lokal.
Puas hati makan kat sini... semua sedap menepati citarasa kami.
Betullah bila ada yang memperkatakan daging wagyu umpama cair di mulut.
Meja kami.
Air kosong ais free... sedap betul penat-penat jalan dapat air sejuk. Lega tekak.
Restoren ni kecil je. Ada 3 meja sahaja di atas. Kemudahan tandas juga ada.
Kat sini kami solat jamak Zohor dan Asar. Surau yang disediakan hanya memuatkan seorang sahaja namun tempat wuduk disediakan sekali.
Perut pun sudah kenyang, lepas ni kita jalan-jalan di kawasan sekitar.











.jpg)








.jpg)



Manhole pun cantik siap ada gambar. Kalau kat Malaysia camni cantik jugak.
ReplyDeleteMalaysia pun boleh tiru buat camni kat tempat tumpuan.
DeletePintu kedai-kedai makan yang nampak nostalgic macam tu mengingatkan kak ana siri popular dari Jepun beratus episod era 90-an dahulu, Oshin... :)
ReplyDeleteYa betul kak.. gitu lah gayanya..rumah dan kedai papan. ehhh.. saya pun follow citer Oshin tu dulu. Rasa masa lower form.
DeleteKedai² makan dekat Jepun ni kecik² je kan Kak... Alhamdulillah puashati semua dapat makan wagyu 😋
ReplyDeleteKedai makan tu macam tersorok sikit.. ala² kedai lama di tengah pembangunan. Merasa lah makan wagyu. Memang awal² dah niat nak makan sebab bukan selalu pergi.
DeleteStyle betul nenek berjalan...best tgk dia sihat...
ReplyDeleteHehe.. mesti kena ada gaya... sampaikan sunglass rasa ada 3. Mujur bawa 1 je. Alhamdulillah sihat sepanjang musafir.
Deletenampak sedap semua makanan tu..wah nenek...stylo la..kagum SA tengok..
ReplyDeleteAah... semua sedap, kena dengan tekak kami. Hehe... standby siap sunglass tu... kalau jalan jauh memang sentiasa bawa.
DeleteNampak sedap semuanya..
ReplyDeleteAgaknya orang Jepun saiz comel-comel jer kan...makan makanan healty jer...kalau kat Malaysia pintu kecik macam tu...ramai yang tersangkur...🤭
Saiz kecik tu takde sangat nampak cam biasa cuma tak jumpa yang saiz besar.
DeleteMakanan mereka tak kuat rempah dan nampak banyak sup je.
kuatnya nenek berjalan, 20k steps tu!
ReplyDeletehonolu ramen ni mmng glemer utk pelancong muslim kan. semua nampak sedap, especially wagyu tu
Nenek kaki jalan 😁
Deleteoo famous eh.. kami sampai pun TG yang bawa. Makanannya pada kami semua sedap. Berbaloi dengan harganya.
Masa boss ammi kat Jepun pun katanya restoran kat situ kecik2 je. Menu pun sikit tak mcm kita penuh 3-4 mukasurat
ReplyDeleteAkak pun perasan gitu.. mudah juga sebenarnya.. cepat pilih, cepat disediakan dan cepat makan. Bagi orang lain pulak duduk.
DeleteMemang lah kak, semua jenis daging dj jepang itu sedaaaap sangat. Makanya tiap kesana saya tak pernah skip nak coba aneka daging mereka. Wagyu, Kobe, Hida dan Matsuzaka. Sedap semua, macam caiir di mulut 😅. Memang worth it dengan harga
ReplyDelete