Ibu simpan sini gambar² Sultan Selangor Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan Tengku Permaisuri Selangor Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tengku Permaisuri Hajah Norashikin.
Tahun 2026 merupakan tahun yang amat bermakna bagi rakyat Selangor kerana Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj genap 25 tahun memerintah Negeri Selangor Darul Ehsan. Sambutan ini dikenali sebagai Jubli Perak Pemerintahan Sultan Selangor, yang menandakan perjalanan suku abad baginda menaungi negeri dan rakyatnya.
Cuti Isnin 26/10/2026 breakfast sampai lunch makan bihun goreng. Petang ibu keluar dengan Kawi sebab kami nak isi petrol. Bawa kereta asing². Sebelum balik dinner dulu di Hock Kee Kopitiam. Order sama je macam selalu. Kaya Butter Toast dan Hock Kee Signature Laksa juga Hor Ka-Sai (kopi-milo).
Baginda merupakan Sultan Selangor yang ke-9 dan dimasyhurkan pada 22 November 2001.
🤲🏻 Ya Allah, kurniakanlah kesihatan, kesejahteraan dan keberkatan kepada DYMM Sultan Selangor. Semoga baginda terus memerintah dengan adil dan bijaksana.
👑 Daulat Tuanku!
Amin Ya Rabbal Alamin.
Ibu bercadang nak beri kawan² Wafi souvenir bila jumpa mereka akhir tahun ni. Nak cari yang ringan dan senang dibawa. Tahun lepas ibu belikan pocket perfume jadi tahun ni tukar barang lain. Di rumah masa ibu buka apps Watson ada promotion Lipbalm Buy One Free One. Lipbalm macam ni memang Wafi guna untuk elak bibir kering.
Itu yang pergi Watson sebab nak beli offline. Promo sama juga dan berakhir 26/10. Cuma tak banyak stok yang tinggal jadi ibu ambil semua yang digantung atas rak. Lipbalm jenama Watson berharga RM14.90/pc. Promo Buy One Free One jadinya 1 pc Lipbalm hanya RM7.45
Ibu tambahkan lagi Lipbalm dari jenama Alia (RM8.93), nampak Ezna post. Jadi semua ada 22 pcs. Tengok nanti kalau ada promo lain ibu tambah.





No comments:
Post a Comment