Pages

Saturday, October 31, 2026

Jual Motorsikal

Motor atas Kriss MR1 ibu belikan Abang Imi masa Form 4, Tahun 2016. Kalau tak silap harga RM4K masa tu. Motor atas nama ibu. Guna untuk ke surau, masjid dan kelas tuisyen. Pergi sekolah naik van sekolah, ibu tak benarkan bawa motor.

Motor bawah Yamaha 135LC, Bami beli guna duit elaun intern masa Diploma. Masa tu intern di kedai Cik Rasul, depan rumah je. Jalan kaki pergi kerja, elaun intern dapat RM800. Memang tak luak banyak. Makan pun kat rumah tengahari balik.

Yamaha LC beli dari Cik Awie RM4.5K, ibu ada topup juga sikit. Motor atas nama Bami. Sempatlah beberapa bulan Bami buat Foodpanda. Zaman PKP masa tu, lumayan hasil usahanya. Masa tu Bami masih tunggu panggilan degree. Motor ni juga guna sepanjang kuliah Bami ni Unisza.

Dua² motor tahun keluaran 2016. Keadaannya masih baik sebab Bami memang sejenis menjaga barang dia. Cuma MR1 tu tak hidup sebab lama tak guna lepas Bami beli LC. Walaupun tak guna, tiap² tahun ibu renew insurans dan road tax.

Terpaksa jual sebab Bami nak ambil motor baru. Motor banyak² tak ada yang nak guna. Lebih baik jualkan sahaja.

MR1 tu terjual RM400 sahaja, kedai ambil. Kedai arrange Lalamove datang ambil.

Manakala LC ada student uni beli dengan harga RM2.9K

Tukar nama semua Bami buat secara online melalui website MyJPJ.

Ibu ada satu lagi motor Yamaha Y100 keluaran 1995. Yang tu dah tersadai badan dan tayar terpisah😆. Beli lepas habis intern dan masuk kerja di tempat sama. Motor 2nd hand ibu beli, pinjam duit ummi masa tu. Lama lah ia berkhidmat sampailah ibu beli kereta Proton Saga 2nd hand lepas setahun kerja. 

Mungkin ibu nak lupuskan je. Insurans dan roadtax pun dah expire 2009. Tapi nak buat secara proper maksudnya nak buat cancellation atau terminate VOC. 

No comments:

Post a Comment