Pages

Thursday, September 16, 2021

Sarapan Pagi di Restoran Ghulam Rasul, Alam Jaya

Lepas balik jog tu singgah rumah nenek... nak ambil nenek pergi breakfast di Restoran Ghulam Rasul, Alam Jaya. Sampai-sampai nenek tak siap lagi sedang belek-belek pokok bunga. Nenek tak perasan yang ayah dah bagitau dalam grup whatsapp nak bawa nenek sarapan pagi.

Sambil tunggu nenek bersiap, kita main-main dengan Indah dan Ali yang baru lepas mandi.

Ali, tuala mana?
Tuala ada kat umah Ali.
Pakai ni Indah punya.
Taknak.. tuala Ali ada kat umah.
Hahhhh.. pergi balik ambik sendiri tuala kat umah.

Redha je pakai tuala adik dia hahaha..
Sekali makngah sergah.. baru nak guna.
Nasib Ali lah dapat mak sedara suka taliban.

Kesukaan nenek semua ada.
Ini putu mayam Kakak Widad tapi sebab tau nenek suka lantas kakak ambil lebih. 2 orang je makan.. hahaha.. baru ibu ingat mereka tak pelawa ibu.

Roti puri tu satu set ada 2 biji. Makan ramai-ramai.

Nenek suka tosei.. dah rindu tosei lah tu.. semenjak PKP takleh keluar. Siap cerita masa jaga atuk kat HTAR kerap beli tosei kat kantin. Jam 9 am je dah habis jadi kena pergi kantin awal. 

Ini dapat pulak teh tarik.. fuhhh... sesekali minum manis ok.

Tu bagi nasihat ke marah nek hahaha...

Tadi ambil gambar mulut katup.. ha... yang ni nganga pula.

Kakak Widad mana suka orang ambil gambar dia kalau dia tak offer.

Kakak Widad order roti canai lah pulak.
Memang betul-betul balas dendam lah mereka berdua ni.

Tapaukan juga tosei untuk Cik Biela dan roti canai untuk Wafi.

Lunch sekali tapau.. nenek kata nasi beriani  cantik dan nampak sedap.. Nampak kalernya tak banyak sangat rempah. Ok mak... boleh aje. 

Satu nasi beriani ayam untuk nenek.. nenek bilang kari kambing tu macam sedap je.. ok.. kita bungkus kari kambing juga.

Habis makan kami ke Econsave yang terletak sebelah je dengan restoren.

Jumpa pulak kedai yang jual cloth mask ni. Murah pulak tu RM10. Haritu ibu minta kawan ofis beli di Shoppee RM17. Kan banyak jenis dan design jadi harga bermacam-macam.

Nenek pilih kaler sendiri.. ibu belikan 2.

Untuk ibu dan Kawi, beli 3 helai je dulu sebab kat rumah dah ada 5. Nanti-nanti beli lain. Dapat shopping mask pun dah seronok sangat hahaha...

Masuk Econsave sebab nak cari ni.
Paru.
Memang rezeki Kakak Widad. Dok teringin dari sebelum puasa tapi bila pergi kat NSK tak ada. Kirim kat Cik Biela pun asyik tak ada je.

Ni bila dah ada ibu terus beli dekat 3kg.. 1 kg RM17.99. 
ehh.. murah 1 sen kahkah..
 Belikan juga untuk nenek dalam 2 kg.

Ni kalau Kakak Widad tak puas makan tak tahu lah!

Eh... dah dekat jam 11.30 am.
Jomlah balik.. setengah hari dah kat luar.

Aktiviti pagi di Hari Malaysia

16 September 2021
Selamat Hari Malaysia!

Jam 7 pagi ini kami dah keluar rumah. Tak adalah nak berjalan ke mana... bukan ke pantai.. apatah lagi ke air terjun.

Kami menuju ke taman Hillpark lagi.

Cantik cuaca pagi ni.
1st round ibu dan Kakak Widad jog mengelilingi taman perumahan Hillpark. Bila pagi tak ada banyak kenderaan.. tenang sangat. 
Ayah pula jog di taman tasik.

Lepas tu kami ke jungle trail.
Fresh sangat udara dalam ni.

Jangan tanya ibu pokok berbunga sebelah kiri tu.. masih ada embun pagi di daunan. Yang kanan pokok semalu. Cantik kaler dia.

Toilet juga disediakan di Forest Hillpark.
Bersih dan terjaga.
Terima kasih kepada semua pengguna yang menjaga kebersihan walau ianya tandas public.

Pandangan dari belakang menuju ke jungle trail. Toilet ni mengadap jalan besar.

Kakak Widad tak puas hati sebab Strava tiba-tiba stop. Kalau tak kakak nak buat 10km. Masa tu dah 7 km. Itu yang kakak ambil tali skipping di kereta dan sambung skipping di taman. 

Seronok aktivit pagi walau matahari dah naik tapi masih terasa segar.

Dapat baiki pace.. bila pagi lajulah sikit larinya.. tapi bila masuk jungle trail tak boleh laju.. banyak berjalan je.
Ni distance yang paling jauh setakat ni walau banyak kali berhenti.
Takpe.. kita pelan-pelan keluarkan peluh.

Wednesday, September 15, 2021

Jajan @ kudap-kudapan

Ibu bukanlah seorang yang terlalu rigid dalam bab pemakanan. Memanglah real food paling bagus tapi at certain time ibu lebih flexible. Kadang-kadang ada beli fast food seperti McD, KFC, pizza, burger tepi jalan dan sebagainya. Bila macam ini, kalau pergi ke tempat lain dan tak jumpa makanan real food, anak-anak boleh makan pilihan makanan yang lain.

Macam jajan-jajan ini, ibu sediakan dalam gerobok so sesiapa boleh ambil dan mengunyah sambil-sambil belajar atau di waktu senggang. Sudah pasti masa study ada masa penat, bosan dan sebagainya. Jadi bila mulut bergerak2 bolehlah kurangkan tekanan. Ibu juga bawa ke ofis dan makan di kala terasa nak makan sesuatu.

Beli paket-paket macam ni murahlah sikit compared beli satu2. Maruku, wafer dan biskut macam ni anak-anak nak juga makan.. tapi kalau gula-gula memang mereka tolak tepi. 
Begitu juga air bergas, memang mereka tak minum. Kalau pergi fastfood mereka akan pilih air Milo sahaja atau pun Ice Lemon Tea.

Kerepek Melinjo/Melinjau ni pun anak-anak suka. Ibu beli je lah beberapa gram dan gorengkan. Mujur senang dapat di kedai sebelah.

Teringat kerepek Melinjo ni kerap ada dalam hidangan di Aceh sampai dah tak larat makan. Haaa... kan sekarang dah teringat-ingat nak berjalan-jalan.

Keropok ikan yang paling digemari. Boleh makan dengan nasi.
Malah Wafi boleh makan kerepek pisang dengan nasi.
Ibu is like... ehhh... peliklah!
 

Tuesday, September 14, 2021

Teringin makanan panas

Lepas solat Maghrib tadi semak bacaan Wafi untuk hafazan UPKK. Rasa macam free pulak lepas tu sebab tak perlu semak PDPR Wafi hehe.. cuti sekolah kan. Tetiba mulut ni terasa nak makan sesuatu yang panas-panas.

Terjadilah menu express... Tomyam sayur ringkas.
Buat pun semangkuk sebab ibu sorang nak makan.
Hanya didihkan air, masukkan pes tomyam dah sebati masukkan fishball, cendawan Inoki, sayur sawi dan beberapa biji cili padi. Lupa pulak nak tambah hirisan bawang.

Fuhhh.. berpeluh-peluh makan tapi puas. Kak Widad tumpang sekaki.

Padahal petang tadi balik dari ofis dah makan spegheti yang Kakak Widad buat.
Mungkin tengahari ibu tak makan kot itu yang lapar lagi.

Ini menu semalam hari Isnin. Kakak Widad masak ikan kengsom, kangkung belacan, telur dadar dan special untuk ibu berbuka, onde-onde buah Melaka.

Gembira Abang Imi bila tau Kawi buat kuih ni. Siap simpan untuk makan tengah malam. Bami kan bak burung hantu.. malam berjaga siang tidur. Jadi kena ada supper. Lunch pun dah petang. Cepatlah masuk belajar.. tak larat ibu mengadap Bami macam ni. Masa intern haritu dah elok timing Bami, bila dah habis ibu suruh Bami sambung terus kerja sementara di kedai Cik Rasul. Tak nak pula sebab nak cari pengalaman jadi grab rider. Last-last PKP dan Bami masa tu tak berapa sihat. Jadi projek Bami terbengkalai.

Ibu risau sebab badan Bami semakin SIHAT.
Semoga Bami cepat pulang ke pangkal jalan.
Haritu makcik2 Bami pun dah tegur kenapa Bami membesar bak juara.
Hurmmmm....

Sunday, September 12, 2021

Forest Hillpark

Ibu doa-doa agar petang tadi hujan atau mendung jadi tak perlulah keluar jog.. tapi elok je panas. Jam 5 tu ayah kejutkan ibu dari tidur.. aiseyyyyyy... tak dapatlah nak sambung tidur. Kakak pun dah siap. Ibu bersihkan diri dan bersiap. Kena mandi sebab rasa tak selesa kan sebab cuaca panas.

Kakak Widad suggest untuk guna trail trek sebab kat taman masih panas. Semalam memang muka berbahang habis sebab jog di kawasan taman. Mood Kawi pun agak kurang.

Jam 5.45 pm.. walau matahari masih memancar tapi bila masuk trail hutan ni takdelah terasa berbahang.



Beberapa gambar yang ibu sempat ambil. Trail ini juga untuk penggemar mountain bike. Best tempat ni dikelilingi kehijauan. Ada juga pokok-pokok mangga, limau dan beberapa pokok buah-buahan yang lain.

Tapi kalau sorang-sorang lalu jungle trail ni memang tak berani sebab agak sunyi. Tak ramai orang lalu trail ni sebab ada kawasan yang berbukit dan lebih ramai jog di taman tasik di sebelah.

Suka sangat bila lalu kawasan pokok pine ni. Ada bau pine.

Laluan jungle tracking ni dalam 2.5 km.
Kami buat 2 pusingan.
1 jam huhu... banyak berjalan je sambil menikmati pemandangan hijau.


 

Bihun Nenek

Bila anak-anak dan cucu-cucu nenek balik pasti mereka akan pesan nenek untuk gorengkan bihun untuk sarapan pagi.

Pagi tadi ibu sempat kirimkan bekas makanan kosong pada ayah untuk bawa balik bihun. Ayah bawa baju Wafi untuk dipakai pagi ni sebab malam tadi Wafi taknak balik rumah. Nak tidur rumah nenek sebab ramai sepupu tidur sana.

Oh ya.. teringatkan kisah masa kecil dulu, bila hari cuti sekolah sahaja pasti ibu akan tidur di rumah nenek ibu atau tidur di rumah sepupu-sepupu. Itu sebab hubungan kami rapat hingga ke besar sebab dari kecik sudah biasa bersama. 

Masa kecil ni lah nak tidur, main dan makan bersama. Bila meningkat remaja masing-masing akan sibuk dengan urusan lain dan ada kawan-kawan lain pula. Jadi tradisi untuk tidur di rumah nenek akan berkurang melainkan bila ibu bapa masing-masing tidur di rumah orang tua mereka. Jadi anak-anak akan mengikut sekali terutama bila tiba musim perayaan.

Inilah rupanya bihun goreng yang didambakan semua. Sehinggakan abang Imi bila minta ibu gorengkan bihun nak rasa bihun macam nenek. takpun ayat Bami.. kenapa bihun ibu tak sama dengan nenek?

Adoii.. susahlah nak bagi sama walau bahan yang digunakan sama.. itu namanya air tangan.

Nenek guna bahan simple je macam cili kisar, bawang, udang kering atau udang geragau atau ikan bilis. Bihun pun beli yang pukal bukan brand popular. Hari ni nenek tambah hirisan ayam tapi sikit sahaja.

Namun rasanya tetap sedap.

Ibu makan berdua je dengan Kawi sebab ayah bawak pun tak banyak.. ramai orang kat rumah nenek kan. Mujur bami tak nampak sebab bangun lewat. haa.. itulah Bami.

Burung yang bangun awal dapat makan ulat besar!
hahahahah
 

Saturday, September 11, 2021

Bil Elektrik

Awal bulan 8 haritu terkejut besar bila dapat bil elektrik. Mana tak nyer... RM511!
Sepanjang hidup inilah bil yang paling tinggi diterima.

Averange biasanya RM200 ke RM250

Kami cari rootcause kenapa naik begitu banyak.

1. WFH 
2. Cuaca yang sangat panas pada bulan Jun hingga awal Ogos.
3. Air Fryer.. yang ni tak sure sangat samada bagi impact pada kenaikan bil

Masa ibu WFH dan cuaca panas, selepas jam 12 pm ibu akan on aircond sehingga habis kerja. Kadang hingga tengah malam. Bila hidung rasa nak selsema baru off kan aircond. Wafi pulak kalau boleh sampai ke pagi minta guna aircond. Padahal dia yang selimutkan diri tebal2.

Jadi kami buat penambahbaikan

1. Guna aircond bila betul-betul cuaca panas dan kebetulan mid Ogos cuaca semakin sejuk
2. Kurangkan pembelian frozen food seperti nugget jadi kurang guna AF. Masak real food.
3. Off suis lampu dan kipas pada ruang yang takde orang guna contoh family room bila masing2 di dalam bilik.
4. Kerja di ofis.. yang ni sebab compulsory jadi bilik ibu takde on alatan elektrik


 Hasilnya berlaku penurunan hampir 55%.

Bil turun jadi RM231.
Fuhhhh... lap peluh.

Alhamdulillah berjaya cut off penggunaan tenaga elektrik.