Pages

Saturday, September 11, 2021

Bil Elektrik

Awal bulan 8 haritu terkejut besar bila dapat bil elektrik. Mana tak nyer... RM511!
Sepanjang hidup inilah bil yang paling tinggi diterima.

Averange biasanya RM200 ke RM250

Kami cari rootcause kenapa naik begitu banyak.

1. WFH 
2. Cuaca yang sangat panas pada bulan Jun hingga awal Ogos.
3. Air Fryer.. yang ni tak sure sangat samada bagi impact pada kenaikan bil

Masa ibu WFH dan cuaca panas, selepas jam 12 pm ibu akan on aircond sehingga habis kerja. Kadang hingga tengah malam. Bila hidung rasa nak selsema baru off kan aircond. Wafi pulak kalau boleh sampai ke pagi minta guna aircond. Padahal dia yang selimutkan diri tebal2.

Jadi kami buat penambahbaikan

1. Guna aircond bila betul-betul cuaca panas dan kebetulan mid Ogos cuaca semakin sejuk
2. Kurangkan pembelian frozen food seperti nugget jadi kurang guna AF. Masak real food.
3. Off suis lampu dan kipas pada ruang yang takde orang guna contoh family room bila masing2 di dalam bilik.
4. Kerja di ofis.. yang ni sebab compulsory jadi bilik ibu takde on alatan elektrik


 Hasilnya berlaku penurunan hampir 55%.

Bil turun jadi RM231.
Fuhhhh... lap peluh.

Alhamdulillah berjaya cut off penggunaan tenaga elektrik.

3 comments:

  1. Memang mengejutkan kalau dapat bil letrik tinggi. Sewaktu PKP 2, semua anak ada di rumah. Bil letrik sebulan cecah 600 sehingga hampir 700. Apa tidaknya, 3 anak bujang. online kuliah dan PDPR di bilik masing-masing dengan laptop masing-masing, dengan lampu dan juga kipas. Saya pun kalau rasa pans, memang buka air-cond waktu siang. Tanya Encik Suami tadi, katanya bulan ni bil letrik RM295.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhu nangis.. baca rata-rata yang WFH dan PDPR akan naik bil secara mendadak. Makin banyak kita guna, rate dia akan naik sebab ada beberapa blok rate. Alhamdulillah dah turun banyak tu cg Amie.. back to normal lah kan.

      Delete
  2. Fuhh..naik sekali ganda banyak tu. Bil elektrik rumah saya last month pun macam banyak sebab on air cond kerap cuaca panas masa tu. Peralatan elektrik yang melibatkan panas sejuk tu memang tinggi penggunaan tenaga elektrik.

    Duduk berdua pun dah average RM150 macam tu. Komputer ON lama memang buat kerja guna komputer je lah.

    ReplyDelete