Pages

Wednesday, September 22, 2021

Laksam

Ibu jarang bertanyakan kakak Widad masakan apa yang dimasak sebab kakak jenis yang tak suka orang tanya-tanya masak apa.
Sesekali je ibu tanya untuk menambah lauk atau juadah lain.
Kakak akan masak apa bahan yang ada di rumah atau kadang-kadang minta ibu belikan bahan mentah yang diperlukan.
Kakak pulak pandai mengolah masakan.. kiranya apa yang ada di rumahlah gitu.

Ibu masuk dapur dan buka tudung saji.
Wahhhhh... ada laksam.
Nampak tak cili tu... kakak hanya tumbukkan cili dan tambahkan garam sahaja.
Ulam tu tak ada kacang panjang dan taugeh pun takde mengapa.. sebab kakak bukan makan pun.

Tapi AWAS!!!

Hanya boleh makan bila ibu dah balik.
Nampak tak.... ibu didahulukan.

Mujurlah ibu sampai awal.
Kalau balik lepas Maghrib memang yang lain akan protes hahaha... 

Tapi ibu selalu pesan kat anak-anak.
Makan dulu kalau dah lapar... tak perlu tunggu ibu sebab rutin kerja ibu tak menentu.

Kalau tak lapar memang mereka akan tunggu ibu sebab biasanya mereka akan masak sendiri frozen food dulu untuk minum petang.

No comments:

Post a Comment