Memang dah plan hari ni taknak masak sebab dah tapau siap-siap. Ibu kan tak aci.. weekdays Kakak Widad masak, bBila weekend sepatutnya ibu ganti tapi malas tahap apa entah. Tak kisahlah kan asal ada makanan atas meja hahaha...
Ada bubur abang/merah yang kebisaannya dibuat sebagai tanda kesyukuran dan diagih-agihkan kepada jiran dan saudara mara.
Alhamdulillah atas rezeki hari ini.
Set nasi beriani ayam RM10 dan beriani kambing RM13. Beriani kambing hanya ada pada hari Jumaat hingga Ahad sahaja.
Ibu tapau 3 bungkus ayam dan 1 bungkus kambing. Ada kuah kari dan dhal dan juga acar sayur.
Seperti biasa ibu simpan bunga telur ni untuk kegunaan Wafi bila perlu bawa ke sekolah untuk majlis Khatam Quran di sekolah.. inysaallah pada masa yang sesuai akan datang.
Sesekali dapat bunga telur terimbau nostalgia lalu.
ReplyDeleteSekarang jarang ada bunga telur dalam majlis. Nasi ambeng dengan bubur merah tu...sungguh menggamit rindu nak balik Malaya!
Betul kak... biasa majlis kahwin sekarang bunga telur ni terhad untuk saudara terdekat. Untuk tetamu dapat goodies bag je.
DeleteNasi ambeng kalau dapat sebagai berkat memang lain compare yang kita masak sendiri. Kalau masak sendiri bila nak makan kurang feel sebab kita dah penat masak sebagai pelbagai. Kalau kenduri masak ramai2 bila makan pun sedap terutama makan dalam talam.
Insyaallah sikit masa lagi boleh balik sini kak.
Unik nampak bunga telur dia dengan uncang. Lama tak nampak orang berikan bunga telur. Sedap nasi ambeng, Selalu makan kena kongsi dua. Tak habis makan satu portion besar. Fuhhh nasi beriani tu favourite tu, terliur tengok malam malam ni.
ReplyDeleteMak saya dulupun suka simpan bunga telur. boleh guna semula.