Pages

Sunday, September 26, 2021

Unifi On

Report semalam tentang kabel fibre optik sudah dibuat. Kontraktor Unifi dah datang tengok tadi. 

Ingatkan datang tengok dulu.
Rupanya setel terus.

Jam 11 lebih kontraktor ni buat.

Fuhhhh... panas litlit yang bòleh sakitkan kepala.

Orang jawa cakap panas njepret.

Respek betul pada pekerja-pekerja yang buat kerja hardcore ni.

Equipment mereka.

Kami dah plan semalam kalau kontraktor datang Isnin maka ayah dan Wafi akan ke rumah nenek guna Unifi di sana.

Manakala Kawi tumpang rumah Cik Ana. Sudahlah esok kelas pertama Kawi untuk semester ke tiga 

Kalau harapkan wifi Maxis atau Umobile memang signal tak kuat lah untuk kelas GM.

Alhamdulillah esok masing-masing teruskan kelas macam biasa di rumah.



 

2 comments:

  1. Alhamdulillah.
    Bagus guna unifi.
    Line pun okey.
    Kami pun langgan unifi juga. Kerja-kerja online senang nak buat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takde Unifi memang boleh nangis. Kat rumah ni kalau setakat whatsapp, fb masih boleh guna Maxis, Celcom atau Umobile. Tapi bila buat GM memang slow sangat kadang tak boleh masuk langsung. Since asben ada lecturing setiap hari memang kena ada Unifi ni.

      Delete