Lepas dinner, ibu teringin nak makan dessert.
Teringat ada 5 tongkol jagung dalam peti sejuk yang ibu beli dari ahli kariah.
Minta ayah belikan biji sagu.
Ibu jemputkan bancuhan tepung gandum.
Tepung + air + garam + pewarna.
Bancuhkan pekat.
Panaskan air dan bila menggelegak, jemputkan sedikit dalam air mendidih.
Bila dah timbul dan masak, keluarkan dan masukkan dalam air sejuk untuk elak melekat.
Dah sejuk tapiskan.
Masukkan dalam bubur jagung sebelum masukkan santan.
Boleh juga jemputkan terus dalam kuah jagung yang mendidih tu tapi ibu tak nak warna hujau tu turun kat kuah bubur, itu yang masak asing.
Bila dah masak, tepung tu lah yang direbutkan.
Kakak minta ibu masukkan sagu banyak-banyak tapi ibu tak suka sangat nanti kuah akan pekat, bubuh sikit je bagi nampak.
No comments:
Post a Comment