Pages

Saturday, September 18, 2021

Travelog Bumi Saudi

Tengahari tadi ayah collect parcel di KPM. Biasa kami alamatkan di KPM sebab kadang tak ada di rumah. Kat sana sapa-sapa boleh ambilkan.
Cik Cha kata ada 1 parcel untuk ayah, 2 untuk Kawi (haiii... apa lagi yang dibelinya tu?)
Bila sampai rumah, apesal ada 4 parcel. Tengok-tengok nama ibu.
Dalam hati.. rasa tak order apa2.

Bila tengok nama pengirim.... Masnira Ramli
Wahhhhhh... buku travelog dah sampai.

Buku Travelog Bumi Saudi.
Penulis Masnira Ramli.

Beliau dan keluarga telah tinggal di Makkah lebih 10 tahun.
Sebelum ini Kerajaan Arab Saudi tidak begitu mempromosikan negara mereka untuk industri pelancongan kepada pihak luar. Sejak kebelakangan ini visa pelancongan mula diperkenalkan dan terdapat inisiatif Kerajaan Arab Saudi untuk memperkenalkan negara mereka dan buka pintu untuk pelancong luar.

Penulis dan keluarga serta rakan-rakan mengambil peluang menyelusuri tempat sejarah, menyimpan kisah silam dan sejarah pahit manis para nabi. 

Buku ini diterbitkan penulis untuk mengabdikan kenangan meneroka bumi Arab Saudi.

Arab Saudi bukan hanya negara yang bertanah tandus sahaja seperti di Makkah tetapi ada wilayah yang bertanah tinggi dengan cuaca yang sejuk dan kawasan yang menghijau..

Banyak gambar-gambar dan info menarik yang penulis share dalam buku ni.
Ketebalan buku 220 mukasurat dan glossy paper.

Bolehlah baca untuk menghabiskan 2 hari cuti.

Cenderahati buat pembaca.
 

4 comments:

  1. https://madey09.blogspot.com/2021/09/buat-sendiri-suci-murni-kuih-kacang.html

    menarik buku tu..ada tak jual

    ReplyDelete
  2. Tanah Arab sebenarnya luas. Kebetulannya Mekah itu terletak di padang tandus, jadi ramai yang fikir seluruh Tanah Arab itu buminya gersang. Bagus baca buku ini untuk tambah info.

    ReplyDelete
  3. Selamat membaca. Bolehlah isi masa terluang dan menambah ilmu :)

    ReplyDelete