Pages

Wednesday, September 29, 2021

Lunch Kantin Ofis dan Dinner Simple

Hari ini di ofis terasa lapar... lagi-lagi hujan lebat menjelang tengahari. Ibu tak bawa bekal dari rumah sebab jarang makan tengahari. Kantin ofis hampir setahun lebih tak jejak semenjak PKP bulan 5, 2020.

Kantin syarikat hanya menyediakan makanan yang siap dibungkus. Sebelum Covid, kalau nak bungkus makanan kena bawa bekas sendiri sebab syarikat mengamalkan tiada penggunaan plastik. Disebabkan covid, syarikat memutuskan agar penggunaan plastik dibolehkan. 

Meja dikantin ada partition. Satu meja hanya bopeh duduk 3 orang sahaja pada satu masa.

Pekerja ofis digalakkan makan di meja kerja sendiri. Pantri ofis seorang sahaja kalau nak makan. Tidak boleh ramai dalam satu masa.

Berbalik pada cerita lapar tadi, ibu memutuskan untuk ke kantin sahaja. Banyak pilihan makanan. Ada mi goreng dan nasi goreng yang baru siap dimasak. Ibu ambil nasi berlauk ayam dan sup telur lembut yang sudah dibungkus asing-asing.

Alhamdulillah... kenyanglah hari ini.

Balik ofis ibu singgah pasaraya di Pekan Meru. Waktu tu Kawi ada tanya ibu balik jam berapa. Tapi Kawi tak cakap pun yang kita nak makan dinner.

Rupa-rupanya Kawi dah setup makanan kat meja luar. Nak makan sambil tengok bajak. Adoiii... sabar je lah. Kalau tau, cepat-cepatlah ibu balik. Ini ibu siap singgah beli baju untuk Wafi lagi.

Kawi gorengkan bihun dan ayam goreng untuk dinner. Ibu bagitau Kawi yang bihun ni kurang air sikit. Mujur Kawi pun mengiakannya. Ibu kata boleh panaskan lagi dan tambah air sikit. Tapi bihun tak sempat nak masak semula sebab habis.. hahhaa... semua lapar. 

Waduhhhhh... kalau tengok Bami ni.... huhhhh serabainya... rambut, misai, janggut. Rasa nak kerat-kerat.

 

No comments:

Post a Comment