Pages

Friday, September 10, 2021

Shell out untuk dinner

Sebelum balik ke rumah tadi ibu siap-siap call Kakak Widad untuk bertanyakan samada kakak masak atau tidak. Kalau belum masak, ibu nak masak lemak kobis, sambal belacan, kembung goreng dan tenggiri jeruk goreng. Wahhh sedapnya makan petang-petang. 

Sekali kakak kata dah masak shell out. Ibu cuma perlu singgah kedai beli brokoli, jagung dan carrot. Lauk lain masak apa yang ada dalam freezer. Sayur perlu celur je.

Ok.. lagi hebat menu kakak. Ibu pun tak pernah buat shell out sendiri.

Masa nak hidang tu ibu cakap.. alamak.. kena makan dalam pinggan lah sebab plastik besar takde.
Kakak kata.. takpe.. adik dah petik daun pisang.

Waaahhh.. bijak betul.. ibu pun tak terfikir hahahah. Ingat paling common pun makan dalam dulang.

Since Jumaat ibu balik awal, dapatlah dinner bersama-sama jam 6 petang tadi.
 
Shellout versi kakak.

1. Retak Seribu
2. Sotong
3. Ikan kembung
4. Ayam ada 3 ketul je (paha, ceker dan pedal) ini lawak sebab kakak nak habiskan stok.
5. Cendawan shitake kering, jagung, brokoli dan carrot

Memang sedaplah kakak masak.. tidak terlalu pedas, ada campuran kari.. just nice rasa.

Ayah kata ini pertama kali makan shellout. ye lah.. masa kami makan ramai-rami kat rumah nenek masa tu ayah balik kampung.. dan bila kami makan kat Jadoos ayah outstation. Ayah bila nak outstation akan tinggalkan duit untuk kami makan luar sedap-sedap. Beli jiwa lah tu namanya.. tinggalkan family. Tq ayah. err... bila ayah nak outstation hahahah

Terima kasih Kakak Widad.. semua orang happy.

4 comments:

  1. Sedapnya shell out. Pandai kakak widad masak. Bagus idea tu guna daun pisang. Lagi sedap bau aroma daun pisang naik kena nasi panas dan lauk panas. Ayam ikan masuk sekali pun boleh. Rezeki ayahnya jugak dapat makan shell out :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap Fizah.. secukup rasa. kakak Widad google resepi je.. ibu pun tak pernah masak gini.

      Delete
  2. Saya belum pernah buat shell out di dapur sendiri.
    Tentu meriah dapat makan bersama keluarga. Semuanya nampak sedap belaka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti anak-anak balik berkumpul boleh masak Cg Amie.. makan ramai2.. Hari2 cg Amie masak pun dah macam2.. masak gini petik jari je lah.

      Delete