Pages

Sunday, September 26, 2021

Sambal Belacan Thai/Siam

Hari ini ibu buat sambal belacan Thai/Siam. Dah beberapa kali nampak di blog Cikgu Amie. Google sana sini belacan dan gula kabung Siam. Cari di Shoppee. Ibu tunjuk gambar pada Cik Wada minta belikan. Rupanya banyak jenis belacan Siam ni. 

Carikan cap udang... banyak pulak yang cap udang. Jadi Cik Wada baca review dulu sebelum beli.

Beli melalui Shoppee dan ia datang dari Dotcore Shop, Kota Bahru Kelantan. Barang ni berharga RM15.80

Coconut sugar ni wangi lah bau dia. Later boleh try untuk buat kuih yang sesuai.


Sambal Belacan Thai/Siam

Bahan-bahan:
1 sudu besar belacan Thailand
2 sudu besar gula kabung / gula Siam
5 biji bawang merah
7 biji cili padi
1 biji cili  hijau
1 biji cili merah
1 biji tomato saiz sederhana - kupas kulit - cincang
1 biji limau nipis - ambil jusnya
garam / perasa pilihan

Cara:
1. Tumbuk cili padi, cili hijau, cili merah hingga hancur.
2. Kemudian masukkan bawang merah, dan tumbuk sebiji demi sebiji.
3. Seterusnya masukkan belacan dan gula Siam, garam / perasa pilihan. Tumbuk lagi hingga sebati.
4. Masukkan tomato cincang dan tekan-tekan dengan anak lesung, supaya tidak merecik.
5. Akhir sekali, perahkan jus limau nipis.

6. Gaul sebati, dan hidangkan.

Ibu macam biasalah... masak nak cepat, jadi blendkan sahaja. Masuk semua bahan dan blend sekejap jadi takdelah halus sangat. Bila baca balik rupanya ada bubuh garam tapi ibu tak letak sebab tak perasan pulak. Tu lah.. baca resepi tak habis!

Sedap...
Kakak Widad pun cakap sedap sebab ada rasa tomato.
Rasa belacan pun berbeza.
Boleh buat lagi ni.. stok pun banyak. Tapi kena tunggu yang ni habis dulu lah sebab kat rumah ni tak ramai yang makan sambal belacan. Ibu masuk dalam bekas masuk dalam peti sejuk.

Tadi bila dah siap buat sambal baru perasan yang ulam tak ada. Masa beli barang basah ingatkan ada lagi sebatang timun kat rumah, rupanya dah habis. Malas nak keluar hanya nak mencari ulam, kita makan je lah apa yang ada. Ayah kata gaul dengan nasi je (takut ibu suruh pergi kedai la tu hahahha). Nak petik pucuk ubi, pokok dah kena kambus dengan bajak. Kalau ada ulam mesti lagi best.

Kita makan dengan lauk-lauk ni je.

Udang goreng tepung Bestari

Ikan kembung goreng

Kangkung tumis kuah banjir.
Kalau bubuh kuah sikit semua berebut. Ni ibu bubuh lebih kuah!

Kawi : yeayyyyy... ibu masuk dapur hari ni. Ingatkan ibu dah lupa dapur kita

Hamboiiii Kawi, mentang2 dah seminggu ibu tak masak hahhaha...
Esok Kawi dah mula kelas. Mesti dah tak sempat masak.
Ibu is pasrah... bermula lah rutin ibu masak. Ehhh... ayah kan ada kihkih
 

2 comments:

  1. Alhamdulillah.
    Sampai dah Sambal Belacan Siam di sini.
    Sama tu belacan dan gula Siam yang Abang Farid belikan dari shoppe.
    Ada dua jenis sambal Siam saya jumpa di Bangkok. Ada yang gunakan cili merah, dan ada yang gunakan cili hijau.
    Nanti bolehlah buat lagi, sesuaikan bahan ikut citarasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu tak tau pun ada belacan dan gula Siam. biasa makan belacan yang tempatan sahaja. sejak baca blog kak amie lah baru tau. Sikit-sikit belajar makanan lain. Tq kak atas resepi2 yang menarik.

      Delete