Masa kat Econsave ibu nampak ada kacang tanah mentah. Teringat-ingat Kacang Tanah Rebus Yang Sedap di blog Amie's Little Kitchen.
Biasa makan kacang rebus ni bila kita jalan-jalan guna highway. Di RnR pasti ada jual. Boleh lah buat kudap-kudapan di dalam kereta dalam perjalanan tu. Dah lama tak makan sebab tak balik kampung atau berjalan ke luar daerah.
Oh ya... walau sempadan daerah dah buka, kita hanya keluar berjalan di daerah yang sama lagi. Belum ada keperluan untuk berjalan jauh. Insyaallah setakat ini cukup berjalan di kawasan sekitar.
Rupa kacang mentah yang belum dicuci.
Kacang Tanah Rebus
Resepi : Amie's Little Kitchen
Bahan-bahan:
Cara:
Jika cikgu Amie guna slow cooker, ibu guna rice cooker. 4 jam ibu rebus. Ada beberapa kali tambah air.- 1 kg kacang tanah - rendam lebih kurang setengah jam untuk menghilangkan bekas tanah - kemudian toskan
- air separas kacang dalam periuk
- 1 sudu besar garam
- 4 sudu besar gula
Cara:
- Masukkan semua bahan ke dalam periuk.
- Rebus kacang dengan api besar sehingga mendidih selama 10 minit.
- Kemudian perlahankan api atau gunakan api paling kecil. Tutup periuk. Rebus selama 3-4 jam. Jika air kering, boleh tambah.
- Setelah masak padamkan api dapur dan biarkan lebih kurang kacang terendam selama 1/2 jam. Kemudian bolehlah ditoskan.
* Sebab kacang tanah ibu tak sampai 1 kg, ibu adjust garam sedikit. Sikit je lah sebab ibu guna garam Bukit Himalaya yang rasanya kurang masin.
Nak guna pressure cooker masa tu sedang rebus paru.
Kalau guna PC cepat lembut tapi tak pastilah pula samada garam dan gula tu betul-betul meresap. Lain kali boleh cuba.
Makan ketika suam-suam. Kacang lembut, rasa lemak, masin dan manis.
Secukup rasa.
Terima kasih Cikgu Amie share resepi.
Kacang rebus ni lebih sedap dari yang dijual di RnR yang kadang kala agak keras.. ehh.. tiberrr.. mentang-mentang dah boleh masak sendiri hehe..
Sebelum ni tak ada pula nak komplen.. ok ok.. manusia mudah lupa!
Teringat dulu masa zaman muda-muda atuk beli kacang goreng, kopek kulit dan masukkan kacang tanah dalam air teh, Arwah atuk yang ajar. Minum kat pangkin rumah. Nikmatnya.
Masa kecik-kecik nenek ibu ajar cabut kacang tanah dan leraikan dari batang lembut. Tanah arwah nenek ibu tanah gambut, memang hidup suburlah pokok2 kacang ni.
Ini pertama kali ibu beli kacang tanah kjadi tak tau macamana nak pilih. Ada juga yang tak elok.
Haritu masa nak timbang ternampak ada juga kacang tanah yang warna putih kuning dan yang itu nampak bersih dan kering. Lain kali boleh cuba.
Sedapnya kacang tanah rebus lama2 kan. Meresap rasa masin manis. Lembut isinya. Itu yg tak puas makan sikit hihihiii.
ReplyDeletePetuanya memang kena rebus lama lah kan.. saya je yang mengadap habiskan.. yang lain makan sikit sebab mereka malas nak kopek kulit sendiri. Tak adanya ibu nak tolong kopekkan hehehe..
Delete