Pages

Tuesday, September 7, 2021

Ujian UPKK dan Menu Kawi

Hari ni masuk hari kedua Wafi menduduki Peperiksaan Percubaan UPKK. Hari ini subjek Sirah dan Jawi/Khat. Wafi kata hari ini ok sikit berbanding semalam. Ahad malam ritu Wafi tidur awal dan terjaga jam 1 pagi macam tu. Wafi kata berdebar-debar. Jam 3 pagi ibu terjaga dan nampak Wafi sedang mengulangkaji. Ibu pujuk suruh tidur. Esok sahaja sambung. Kasihan Wafi nampak sangat struggle dengan persediaan periksa UPKK ni.

Ibu tak dapat pantau sangat last week sebab penat sangat bila malam. Malam ni ok sikit jadi ibu check latihan Wafi. 

Bila ibu komen jawapan latihan yang dibuat Wafi... ini yang ibu dapat 👇👇👇👇

Bila kita jawab salah, mama kata kita tak baca buku. 

Bila kita jawab betul, mama kata kita tiru jawapan.

🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣

Okay lah okay lah.

Ibu percaya Wafi.


Pagi ni bila ibu bangun, Kakak Widad sudah sediakan nasi goreng kampung. Makan hingga tengahari.

Ibu jamah sikit sebelum ke ofis.

Kawi pun ada exam hari ni jam 8.00 am.

Cakoi dan kaya pandan ni Kawi sediakan untuk minum petang. Ibu pun tak pernah buat sendiri. 

Kakak macam tu lah.. kalau dia rajin macam-macam nak dicuba.

Untuk dinner ibu dah order siap-siap beberapa hari lepas. Sebenarnya untuk lunch dan ibu beli 5 pack. Ibu makan di ofis dan selebihnya bawa balik.

Meatball dan lasagna untuk ayah dan Wafi.

Chicken chop untuk Bami dan Kawi.

Dinner ibu cuit sana-sini. Kenyang makan cakoi kakak.

Malam ni dah janji dengan Wafi belikan Zem (duit dalam Zepeto) selepas habis ulangkaji. Wafi punyalah risau takut apa-apa jadi sebab beli guna online. Siap doa lagi.

Bila dah dapat gembira bukan kepalang.

Zem tu berharga RM3.99 dan Wafi dah bayar kat ibu cash. Reward sikitlah kat Wafi bagi happy dan semangat.

Abang Imi apa lagi... provoke ibu lah. 

Bami : Tak payah ibu.... Wafi mana ada duit.. lainlah macam abang haritu kerja jadi ada duit sendiri.

Wafi : Haaaa... kan kita pakai duit raya, bukan duit ibu pun.

 ðŸ™ƒðŸ™ƒðŸ™ƒðŸ™ƒðŸ™ƒðŸ™ƒðŸ™ƒðŸ™ƒðŸ™ƒ


8 comments:

  1. Nampak struggle wafi nak exam. Semoga dapat result cemerlang nanti. Aaminn...
    Ibu suka usik wafi. hihi.. Rajin kak widad masak macam. Senang ibu. Dialong adik beradik, tak mengusik tak sah kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin auntie Fiza. Memang struggle Fiza.. sebab UPKK ni silibus JAKIM dan baru tahun ni belajar.. sebelum2 ni kan belajar silibus JAIS. Kalau sekolah KAFA mereka dah belajar untuk UPKK ni dari tahun 3.
      Masa kakak rajin memang macam2 dia masak. Alhamdulillah.. senang sikit ibu.

      Delete
  2. Nampaknya ni blog baru..saya follow yang ke 26..jemput Follow blog Etuza ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kerana singgah di sini. Blog suam-suam kuku je.. coretan untuk anak-anak.
      Terima kasih kerana menjemput. Saya follow blog tuan ya.

      Delete
  3. Replies
    1. Hello.. hi Gustyanita. Thanks for drop by here. Yeah.. it looks yummy because I bought it hehe. If I made my own self don't know how it looks like.

      Delete
  4. Bersungguh-sungguh Wafi berusaha untuk Ujian UPPK. Moga dapat result yang cemerlang. In syaa Allah. Menu dinner tu sedap-sedap belaka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin...
      Menu tunjuk2 je cikgu bagi rest Kakak Widad dari masak.

      Delete