Pages

Sunday, September 19, 2021

Aktiviti Hari Minggu

Malam tadi tak ada plan lagi apa nak buat untuk hari minggu. Jadi lepas Subuh dok terfikir apa nak buat.. nak kemas rumah semalam dah setel. Kain pun dah berlipat. Tepi-tepi rumah pun dah bersih. Ajak Kawi jalan-jalan kat kawasan rumah je.

 Tunggu hari siang sikit baru keluar rumah. Dalam jam 7 macamtu... jumpa beberapa orang yang mengambil udara pagi di sekitar kawasan kampung. Kenderaan pun tak banyak lagi.
Ibu kurang gemar jogging di sini sebab jalan kampung tak ada bahu jalan. Bila ada kenderaan kena mengelak ke kawasan rumput. Jadi kalau betul-betul nak jogging kena pergi ke taman riadah.

Bila berjalan-jalan di sekitar kampung dapatlah tengok-tengok kawasan rumah orang lain macam ni. Kemas bila di tanam pokok-pokok begini.

Ibu panggil pokok pelandingan. Petai yang mata kecik-kecik. Dikenali sebagai petai belalang. Masa kecik kat rumah arwah nenek ibu ada pokok ni.. Kami akan kopek kulit dan makan biji-biji tu.

Lalu tepi parit besar... jernih pulak air dalam tu.

Berseri-seri lalu jalan ni.

Ini Jalan Meranti.. suka masuk kawasan tu sebab penduduk situ betul-betul jaga jalan dan sekitar rumah mereka. Bersih dan kemas. Kerap juga penggambaran drama dilakukan di jalan ini.

Dalam semak ada pulak bunga seri pagi ni.

Hajat di hati dalam perjalanan balik nak singgah beli sarapan pagi di mana-mana gerai tapi lupa pula nak bawa mask. Balik je lah.

Dapat juga 4km.

Sampai di rumah dapat pula mesej dari Wafi kata dada sakit susah nafas dari malam tadi. Wafi kan tidur rumah nenek. 

Kenapa tak bagitau ibu malam tadi.

Dah malam ibu mesti dah tidur.

Grrrrrr..

Tapi dah ok sikit ni lepas minum air.

Ibu dan Kawi naik motor ke rumah nenek bawakan eo RC. Kawi lah bawak ibu sebab ibu dah 21 tahun tak bawak motor lepas bersalinkan Bami.
EO for the rescue!

Sapu-sapu ok dah tu.


Makngah... makngah... kita bangun awal tolong makngah kan susun selipar.

Bagus Angah.. meh makngah nak ambil gambar Angah. Nanti makngah masukkan dalam blog.

Nenek dah gorengkan bihun untuk sarapan pagi ni. Baulu Kemboja tu petang semalam buatnya. Pagi ni tinggal dua biji je. Sekejap je habis tu. Kuih nenek ni selalu jadi rebutan!

Nenek bagi 2 jambak pokok kucai. Ibu try tanam lah since kat rumah ada lagi tanah yang berbaki.
Semoga kamu membesar dengan sihat ya!

4 comments:

  1. Bahulu kemboja... sedapnya ya ampuuun! Boleh habis sebiji tu saya makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap kak... lembut je mak buat. Dapat makan sepotong dua pun dah cukup ni sebab rakyat ramai rumah mak hehehe

      Delete
  2. Seronok pagi pagi dah menjamu mata dengan kehijauan alam dan hirup udara segar. lepas tu menjamu selera pulak makanan sedap. Rajin anak buah tolong mak ngah susun selipar tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak buah yang sorang ni memang rajin menolong dan pandai ambik hati. Bila makngah sampai depan pintu je datang peluk sambil cakap... makngahhhhhh... sayang makngah.

      Delete