Pages

Saturday, April 29, 2023

Adik Beradik Ibu Beraya di Rumah

Sabtu kita akan penuhi 2 undangan raya, satu di rumah atuk Leh dan satu lagi di rumah sepupu ibu, Cik Ina. Sempena majlis doa selamat masuk rumah baru (house warming) dan jamuan raya. Sepatutnya kita join adik beradik ibu beraya di rumah Cik Nora tapi kita ada tetamu nak datang, esok-esok je lah datang rumah Cik Nora. 

Dah pesan kat Abang Imi jemputlah kawan-kawan datang rumah sebab mereka nak baraan di sekitar kampung. Bami kata tak sempat sebab mereka beraya ke rumah kawan-kawan perempuan je. Hurmmm... sabar je lah. Kawan-kawan lelaki kan selalu jumpa. Kawan-kawan perempuan kebanyakannya kawan sekolah rendah.

Dah ibu masak banyak mi kari.. sapa nak makan!
Jadi ibu panggillah adik beradik ibu datang since mereka pun beraya ke rumah Atuk Leh dan Cik Ina. Sepatutnya ibu nak ajak mereka lunch hari Ahad, dah alang-alang semua ada, meh lah berkumpul ramai-ramai. Boleh lepak sampai malam.

Geng laki jamah mi.
Yang gegirl dok buat video tiktok.
Sabar je lah bila ada adik-adik Gen Z.

Iman kata mi kari Mak Ngah sedap... lapar lah tu tadi main je. Iman kata 2 kali tambah.

Lepas solat Maghrib mereka suruh bergambar lagi.
Adoiii... bak kata nenek, asyik gambaran je πŸ˜‚


Sementara mereka setting, kita selfie dulu.


Cik Wada sebagai director.

Kakak Widad suruh ibu pakai lipstik kalau tak nampak pucat. Macam oren je kaler dia. Salah pakai kaler, patut yang kaler merah terang.

Sabarlah semua anak-anak buah.
Berapa kali lah take.. sampai ada yang merajuk bila kena tegur tak betul.
cc Firas πŸ˜‚

Ain tukang ambik gambar dan video.
Cik Wada nak buat tiktok.
Entah ler... soh berlakon ibu follow je arahan.
Pandai-pandai lah korang edit.

Kakak-kakak muka redho.

Anak-anak buah jadi pengkritik.

Yummyyyyyy...

Iman makan lagi mi kari.
Iman kata taknak ayam.
Dah penat main, lapar... makan lagi!

Ali Iskandar macam biasa... nak main, taknak makan.

Betulkan butang baju adik lelaki yang seorang.


Sesi bagi duit raya.
Haritu kan Cik Ujang balik Johor.

Bersama Cik Ujang dan Cik Ana.
Masa ni yang lain dah balik.

Muka dah nampak katil je.

Tak habis-habis setting.


Gelagat adik beradik perempuan.. macam ni ler...
Tiada dalam gambar Ummi di Tapah dan Cik Fatin balik kampung Cik Iwan di Pulau Redang.
Bestkan kampung di pulau!

Eceh eceh... sopan santun semuanya.

Ini screen shot dari video.
Kakak Widad kata gaya macam nak marhaban.
Next level eh.. dulu biasa dengar macam nak nasyidπŸ˜ƒ

Percayalah.... untuk dapatkan gambar yang cantik dan penuh tertib ni, boleh bergaduh dan bercucuran air mata.
Cuba tengok Firas!

Nah... free style!

Dah boleh wrap.

Jam 10 lebih tu bila masing-masing dah gerak balik teruslah kemas rumah, mop lantai, cuci semua pinggan mangkuk dan bersihkan dapur.
Bolehlah luruskan pinggang dan kaki.
Baru terasa lapar dan jamah mi kari.
Alhamdulillah.. sedap, ehhh....

Syawal 8 - Majlis Doa Selamat Rumah Acik Ina

Rumah seterusnya sempena house warming rumah Acik Ina yang merupakan sepupu ibu. Insyaallah akan berpindah dari Putrajaya ke Bukit Kapar.

Juadah utama nasi ambeng yang dimasak sendiri. Ibu ambil sate dan sedikit kuih je.

Cik Awie ni kan.. orang suruh ambil gambar kami dia selfie pulak. Masukkan je lah kat sini sebab Cik Awie kata tak ada orang nak ambil gambar dia πŸ˜‚



Ambil gambar beramai2 tapi terlupa nak ambil gambar dengan tuan rumah sementelah tuan rumah sibuk melayan tetamu lain.

Redho je lah Dina bila makngah sabotaj tudung dia 😁
Raya ni dia sombonglah.. asyik takde mood je!

Sebelum balik masing-masing tapau aiskrim.
Seterusnya mereka serbu rumah Cik Nora tapi kita balik terus ke rumah sebab jam 3 lebih ada tetamu ingin bertandang.
 

Mi Kari Buat Tetamu

Petang Jumaat ayah beritahu ada beberapa rakan nak singgah beraya pada petang Sabtu. Dok fikir menu apa untuk jamu mereka. Since mereka datang petang, kita masak light je lah. Dalam kepala buat mi kari. Ibu rasa macam tak pernah buat mi kari, kalau kari ayam, ikan atau daging ada lah. Jadi ibu google lah resepi. Kebetulan dalam Masak Apa Hari Ini (MAHN) Puan Yuhafiqah Mohd Yunus share resepi mi kari sedap. Ibu olah sedikit resepi tetapi yang penting bahannya adalah udang kering dan serbuk rempah udang. Kalau guna udang hidup pun boleh.


Resepi Mi Kari

Bahan-bahan:

  • 1 kg mee kuning
  • 1/2 ekor ayam, potong kecil
  • 10-15 biji bebola ikan (fish ball)
  • 3 keping kek ikan (fish cake)
  • tauhu puff
  • 4 sudu besar rempah kari ayam/daging 
  • 2 sudu besar serbuk cili
  • 2-3 sudu besar/1 peket kecil rempah udang (ketiga-tiga rempah bancuh jadi pes pekat)
  • 2 cawan santan pekat
  • 2 cawan santan cair
  • (boleh digantikan dengan santan kotak, cecair tu boleh lah adjust nak banyak mana)
  • Bahan untuk rempah tumis:
    • 1 batang kayu manis
    • 3 kuntum bunga lawang
    • 3 kuntum cengkih
    • 5 biji buah pelaga
    • 2 tangkai daun kari
  • Bahan untuk kisar halus:
    • 6 biji bawang merah
    • 4 ulas bawang putih
    • 1 inci halia
    • 2 sudu besar (segenggam) udang kering, rendam sehingga lembut.
  • Bahan untuk hiasan:
    • 4 biji telur rebus, potong dua
    • 2 tangkai sawi, potong dan rebus
    • 1 batang carrot, potong dan rebus
    • bawang goreng
    • limau nipis/limau kasturi
    • taugeh
    • daun bawang
    • cili merah

Cara Penyediaan:

  1. Panaskan air sehingga mendidih dan celur mee kuning seketika. Angkat dan toskan.
  2. Panaskan minyak, masukkan bahan rempah tumis dan kacau sehingga naik bau. Masukkan pula bahan kisar halus bersama pes rempah kari, serbuk cili dan rempah udang. Kacau sehingga agak garing dan betul-betul pecah minyak.
  3. Masukkan ayam dan kacau seketika sehingga separuh masak kemudian tuang air dan santan cair. Masak kuah sehingga mendidih.
  4. Masukkan pula santan pekat, bebola ikan, kek ikan dan tauhu puff. Kacau kuah semasa proses memasak supaya santan tidak pecah minyak.
  5. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  6. Hidangkankan mee bersama bahan hiasan dan tuang kuah secukupnya.
Ibu baca tip : fish ball, fish cake dan tauhu puff tu goreng je, nanti nak makan baru masukkan jadi ada effect rangup. Tapi ibu masuk je semua 😁 itu yang periuk penuh isi, kuah kurang. Lainkali nak asingkan bahan sampingan.

Bahan sampingan yang ada.

Mi ni celur sekejap je sebab nanti ia mengembang sebab kepanasan.

Malam baru sempat makan, kuah pun dah surut, dapatlah rasa sikit.
 

8 Syawal - Beraya Di Rumah Terbuka Atuk Leh

Tengahari menyantuni family Atuk Leh sempena rumah terbuka. Hari Raya pertama tak sempat beraya ke rumah mereka.

Cool je set-up bawah kolong ni.

Ibu hanya makan ni dan beberapa ketul kambing bakar. Sedap o karipap sardin tu.. aiseyyy.. teringat2 pulak.
Banyak makanan tapi perut masih kenyang lagi sebab pagi dah makan roti bersama mushroom soup.


Berempat dulu.
Cakap dengan Wafi masa sampai2 suruh pergi kat maknya i,e Cik Cha πŸ˜‚πŸ˜‚


Berdua je lah dengan Cik Cha since yang lain cepat-cepat masuk kereta.
Panas ting ting

Ok... masukkan lah gambar Yaya😁


 

Tetamu di Hari Lebaran Ke 8

Kita tak adalah nak buat open house tapi kalau ada rakan atau saudara yang mahu berkunjung ke rumah sangat lah kami hargai.

Budak2 pun tak ada eh nak datang ke rumah kami, adoiii...
Raya pertama di rumah nenek.
Raya ke 2 - 4 di Kulim.
Raya ke 5 - ayah kerja dan kita berempat ke luar selesaikan beberapa perkara.
Raya ke 6 & 7 - ibu kerja.
Raya ke 8 baru ada tetamu... ok lah.. logik!
😁😁😁

Tetamu datang sebelah petang. Hujan pula di luar sana. Bolehlah lama berborak-borak.

Dari kiri : Uncle Jiwa Rasa, Ayah, Uncle Bad dan Uncle Hairil.

Dari kiri : Ibu, Auntie Sue (isteri Uncle Bad), Aisyah dan Auntie Rosni (anak dan isteri Uncle Jiwa Rasa).

Semoga tetamu yang datang tidak serik untuk kembali ke sini lagi.

Bila tengok jemputan Aidil Fitri, Sabtu dan Ahad sehingga 13hb dah ada.
Insyaallah kami akan cuba memenuhi undangan.