Dari last week lagi nenek dah pesan, Sabtu nak masak Nasi Ambeng untuk munjong. Plan awal jadi bolehlah anak cucu balik rumah nenek untuk tolong. Biasa Cik Elis yang akan masak tapi kali ni Cef Nora lah turun dapur since Cik Elis balik Kuantan. Mana yang ada tu datang pagi prepare bahan untuk di masak. Ibu datang masa Zohor sebab tunggu kereta servis dan ada kawan datang rumah.
Siap masak semua jam 3.30 pm.
Nenek sediakan menu dan anak-anak lah yang sediakan bahan dan masak. Cuma sambal tahun je nenek masak, kami taknak kacau!
Dah lah hari ni cuaca sangatlahhhhhh panas.
38 degree.
Biasa kat ofis duduk dalam aircond tak terasa panas, siap pakai baju panas lagi.
Nampak si YummyYummy ambik air Coway sejuk pun kami tergoda hahahhaahah
Sambal tahun pack asing dalam plastik.
Siapkan 33 bekas untuk diberi kepada jiran-jiran, kawan-kawan dan saudara terdekat.
Lepas solat Asar dah boleh edarkan.
Yang dekat-dekat tu minta the cucus lah hantar.
Biasa Cik Fatin lah patut tukang hantar ni tapi dia ke Johor pulak.
Biasa Cik Fatin lah patut tukang hantar ni tapi dia ke Johor pulak.
Ibu, Wafi, Zara dan Cem lah ambil alih.
Ehh.. nenek pun bawak sekali sebab ada rumah kawan nenek yang ibu tak tahu.
Tukang hantar zon tengah.. naik motor je senang.
Cik Wada hantar zon Meru... elehhhhhh... 3 rumah je hahahhah
Tapi dia lah terpaling jem... pekan Meru kan... lubuk orang cari juadah berbuka.
Add on ada juga jiran dan saudara yang hantar munjong.
Ada juga murtabak dan roti john yang dibeli.
Disebabkan semua kehausan, macam-macam lah air sejuk yang dibeli. Bila dah banyak masuk je dulu dalam freezer.
Ibu pulak teringat nanas yang dimakan last week, minta Cik Cha belikan.
Haissshhhh... bila dah kehausan dan kelaparan mana yang teringin kita beli.
Makan pun tak banyak... buat ghaso2 je 😁
Majlis tu collab dengan penyanyi Awie.
Cukuplah untuk hari ni.. siang kan terlalu panas, petang sikit baru mendung dan hujan selepas Maghrib.
Alhamdulillah... sejuk sikit malam ni.
Awalnyer dah munjong
ReplyDeleteKat sini masih munjong untuk moreh aje
giliran seminggu sekali
Kebelakangan ni memang mak munjong awal WP, kalau lewat ada anak-anak balik kampung nanti takde sapa pulak nak nolong. Sedara mara pun minggu pertama dah ada yang munjong. Seingat saya masa kecik2 dulu munjong pagi raya atau sehari sebelum raya.
Deletebuat awal senang tak kalut ye kak
ReplyDeleteBetul.. kadang bila bagi last² tak termakan pula bila ramai yang beri pada masa yang sama.
DeleteSA baca tanpa kefahaman pasal munjong ke apa...x faham sgt...bagi pencerahan kak...
ReplyDeleteAlamaksss.. sorry.. sorry.. munjong tu bahasa Jawa. Maksudnya hantar makanan di bulan puasa kepada jiran atau saudara terdekat. Biasa hantar sebelum buka puasa jadi yang menerima tu dapatlah merasa. Kadang share/hantar makanan tu di pagi raya. Later diorang pulak balas balik. Tapi yang memberi takde lah harapkan balasan.
Delete