Hari ni hari terakhir ibu bercuti, esok company mula beroperasi setelah shut down 6 hari dari hari Jumaat minggu lepas. Ibu tak ambil extra cuti.
Jadi pagi ni santai-santai je di rumah. Breakfast pun ibu tak prepare sebab plan nak brunch terus di luar. Ada beberapa urusan di Central i-City jadi kita makan di sana je. Keluar rumah pun almost 11.45 am.
Lepas makan setelkan Maxis Wafi. Yang ni memang kena buat di centre but end-up nombor lama tak boleh retrieve. Terpaksalah beli nombor baru.
Abang Imi nak cari jam G-Shock. Tak ada pulak warna yang dia nak tu. Terpaksalah beli online nanti. Dapat duit raya beli G-Shock 😶. Katanya dah lama aim jam tangan model tu.
Lepastu masuk Jaya Grocer beli sedikit barang dapur dan keperluan lain. Sebelum turun ke parking Wafi minta belikan Ilao Ilao.. hurmmm...
Setel urusan di Central i-City terus ke Kedai Cermin Mata Nur Kaseh. Wafi kata rasa silau dan kurang kelas masa di kelas. Check dulu dengan Optometrist. Ada rabun tapi mild je. Opto kata boleh pakai spec masa dalam kelas sahaja.
Balik rumah ibu dah sakit kepala. Mungkin cuaca panas kat luar. Kemudian hujan sekejap. Dapatlah lelapkan mata sekejap.
Esok nak keje dah... adehhhhh🙃🙃
No comments:
Post a Comment