Pages

Tuesday, April 25, 2023

Raya 2023 - 4 Syawal : Pulang ke Sarang

Seperti di rancang, Syawal ke 4 kita akan pulang ke Klang. Semalam tengok medsoc jalan sesak sepanjang Lebuhraya PLUS, seperti biasa... raya dan cuti panjang kan!
Kami keluar rumah jam 7.30 am.

Seperti biasa... masuk kereta je semua tidur bagai tiada hari esok. Ayah lah seorang drive. Suka lah tu boleh tekan minyak lebih 😐.
Sesekali lah ibu terjaga untuk pastikan ayah tidah mengantuk dan hulur makanan. Padahal ada je lah ayah sediakan air dan gula-gula sebagai peneman.

Setiap kali perjalanan jauh, pasti diperuntukkan sejumlah wang untuk kudap-kudapan di RnR walhal boleh je beli di kedai-kedai sebelum bertolak. Biasanya beli buah-buahan, kekacang dan mineral/drinking water sejuk. Ayah je lah akan beli kopi dan gula-gula untuk elakkan mengantuk.
Kali ini lebih banyak beli roti di Harolds Cafe sebab dah jumpa pastries dan roti yang sangat sedap.

Semalam sebelum balik dari rumah kawan ayah, beliau bagi beberapa paket coklat Vochelle ni. Wahhh.... sedaplah sangat.
Balik beraya nanti janganlah mengada-ngada timbang berat badan hahhaha.. tunggulah lepas 2-3 minggu atau selepas habis puasa ganti dan sunat 😎

Alhamdulillah.. perjalanan lancar. 5 jam sudah sampai rumah. Sebelum tu lunch dulu di Ghulam Rasul. Balik cuci baju dan kemas rumah.

Barulah isi kuih raya dalam balang. ehhhh... ada ke yang nak datang beraya rumah kita hahahah
Ada beberapa jenis je. Kawi cuma buat cornflakes madu. 
Biskut semprit, lidah kucing dan kerepek tempe beli.
Kakak Widad bawa beberapa jenis biskut dari tempat kerja.
Kawan ayah ada bagi biskut batang buruk.

Hidang terus, packaging pun lawa.
Thank you Kakak Widad😍
 

6 comments:

  1. Huh... saya dah timbang badan, naik dah...naik dah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. cepat sangat timbang nya cikgu.. tapi memang tak sabar gak nak timbang sebab takut lagi terjerumus ke laut dalam 😅

      Delete
  2. Aduh Mbak, kue-kue banyak macamnya ya.
    Sepertinya menantang untuk selalu di makan...bikin rusak yang diet manis-manis seperti saya ini Mbak.

    Salam,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah pak.. bulan puasa elok je berat turun sikit bila raya, 2-3 hari makan manis2 naik semula.... lagiiii banyak pulak tu naiknya.

      Delete
  3. Banyak la tu kak kuih raya....SA x banyak pun..lebih pada hidangan panas je untuk tetamu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tiba-tiba jadi banyak hehhee... sama juga SA, bila tetamu datang kita hidang makanan panas. Cookies tu buat meriahkan meja je. Tetamu pun lebih gemar makanan berat yang kita hidang.

      Delete