Pages

Sunday, April 2, 2023

Juadah Tambahan Buka Puasa

Setiap hari buka puasa pasti kakak atau ibu masak nasi, sayur dan lauk. Itu je lah yang sempat dimasak. Makanan sampingan kita beli je lah. Bukan nak makan banyak pun, buat meriahkan meja je. Kebiasaannya ibu beli je lah dari kedai makan/gerai yang biasa jual pagi atau petang setiap hari. Kuih yang ibu beli pun yang Wafi suka.


Murtabak daging atau ayam,
Sekeping RM4, biasa beli 2 keping je.

Popiah sira, kadang beli popiah basah. Ini kedai makan yang sama jual murtabak dan kedua-duanya murtabak dan popiah dibuat di situ.
Popiah sira, basah atau goreng sebekas 4 pcs berharga RM3.

Almost tiap harilah beli 2 jenis kuih ni dan Wafi pun masih tak jemu.

Setakat ini sedap makanan yang dijual di situ dan nak access pun senang, jadi ibu tak pergi cari kuih tempat lain. Ada satu lagi gerai tapi itu lagi cepat habis kuih-muih yang orang letak. 2 kedai ni sejalan je dan bukan di jalan besar. Kalau nak lebih banyak pilihan, kena pergi Jalan Iskandar tapi bila memikirkan dengan sesaknya, tak perlulah memenatkan diri.
 

5 comments:

  1. popia sira tu kalau dapat yang sedap memang sedap la kan...bila dapat yang keras popianya...jenuh....apapun blom jumpa lagi popia sira puasa kali ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu.. Alhamdulillah setakat ni, ini yang puas hati. Itu yang tak cari tempat lain. Kalo dapat yang keras dan liat tu memang sakit hati.

      Delete
  2. Tengok murtabak tu teringat Firdaus suka sangat makan waktu berbuka.
    Popia sira buat saya ngences!

    ReplyDelete