Jumaat 14/4/2023 tu ayah bawa buka puasa di Hotel UiTM Shah Alam bila semua anak-anak dapat berkumpul. Juga untuk meraikan Abang Imi dan Kakak Widad yang memperolehi keputusan yang baik Sem sebelum ini.
Ada few gambar je lah dapat ambil.. tak gamak nak ambil gambar buffet sebab orang pun dah ramai nak ambil food masing-masing. Kami turun ke dewan dalam jam 6.45 pm macam tu.
Jom lah tengok makanan yang diambil. Kita share je lah sorang makan sikit.
Semua jenis masakan daging sedap. Lembut dan juicy.
Laksa nyonya pun sedap... lahaiiii... teringin pulak bila nengok ni. Ini mangkuk Kawi. Ibu lepas solat ambik juga. Puas hati!
Banyak lagi lah menu kat situ cuma tak berkesempatan nak ambil gambar.
Sentiasa refill.
Dessert pun banyak.
Tak semua makanan dapat ambil dan makan sebab perut dah tak mampu diisi. Itu pun ambil sedikit2 sebab nak rasa.
Meja memang kecik dan kebetulan mereka tak update yang ayah book untuk 5 orang. Bila dapat meja untuk 4 orang sempit lah sikit. Mujur pinggan-pinggan yang disediakan smaller size.
Wafi pulak dah merajuk sebab semua orang ambik banyak makanan, dia takut bazir. Ibu pujuklah... kita ambik pelbagai tapi dalam kuantiti yang sedikit. Cuba tengok meja orang lain.. lagi penuh.. ini kan buffet, bolehlah ambil seberapa banyak yang perut mampu nak makan.
Bila semua orang habiskan makanan baru lah muka ceria.. Adehhhh.... budak SAMNI kan.. takut sangat membazir.. membazir kan amalan syaitan 😊
Since kita stay kat hotel ni mudah lah... naik atas solat, rehat kejap dan turun semula.
Sambung lah makan dengan tenang-tenang.. masa ni orang dah kurang boleh lah jalan dari satu stall ke stall yang lain.
Adalah live performance.. mungkin pelajar UiTM itu sendiri.
Alhamdulillah dapat spend time dengan keluarga tanpa perlu masak 😁😁, duduk makan je sambil chit-chat.
seronok la anak- anak akak kan...amboi Wafi..bagus takut membazir dan x nak membazir...
ReplyDeleteSeronoklah mereka sesekali buka di luar.
DeleteAbangnya kacau cakap.. ye lah Ustazah Wafi 😅
Cekodok durian, sedapnya!
ReplyDeleteKalau buffet style saya suka rasa banyak makanan tapi ambil sikit-sikit untuk rasa. Nasi dan mi tolak tepi dulu sebab tak mahu perut cepat kenyang nanti tak boleh isi makanan lain.
Rahimi dan Wafi pasti makan nasi.
DeleteYang lain ambil makanan lain sikit2 bagi semua rasa.
sampai merajuk ye wafi... hahaha.. sedap je menu² buffet
ReplyDeleteWafi baru nak memahami style buffet ni 😁.
DeleteAlhamdulillah kena dengan tekak kami.