Mengada² betul lah tekak ni, kunun teringin makan lemang dan rendang. Walhal raya pertama haritu ada je kat rumah nenek tapi ambil seketul yang ummi bawak. Padan muka😃. Ingat nak tunggu esok je sebab ada jemputan open house tapi takut tak teringin pulak bila dah hari esok🤣.
Hahhhh... puas makan suam² lagi.
Ambil 4 ketul... ehhh.. tak cukup.. tambah lagi 2!
Tak payah lah kira kalori🤣🤣
Ibu : Berapa wak harga sebatang?
Wak : Ikut saiz.
Sambil letakkan lemang yang besar.
Wak : Ini RM24.
Ibu : Wak yang kecik sikit ada tak?
Wak : Yang ini RM18.
Ibu : Yang paling murah berapa wak?
Wak : Inilah yang paling murah, RM18.
😝😝😝😝
Ibu : Oklah wak.. nak yang ni je.
kahkahkah....
Mahal rupanya lemang ni eh.. ingatkan sepuluh hengget je🤣🤣
Belilah rendang daging sebekas RM8, beli 2 bekas sebab nak bagi nenek satu. Sampai rumah nenek potong separuh lemang tu, bolehlah nenek buat buka puasa juga.
Rupanya nenek pun memang teringin makan lemang panas. Siap pesan kat ummi minta Pakcik Anuar bawa masa nak ambil kucing nanti.
Hilanglah craving.
Alhamdulillah.
dapat lemang panas2 cicah rendang memang superbb....
ReplyDeleteBetul Ako... sedap sangat!
DeleteSA tahun ni banyak makan lemang..so lepas ni x mengidam dah
ReplyDeleteAkak pun tak tau kenapa tahun ni suka pulak lemang. Padahal sebelum ni jarang makan atau kalau beli pun ketupat palas.
Deletelembut nampak lemangnya tu kak...
ReplyDeleteaah.. memang lembut dan puas hati sangat. Ni nengok cam nak beli lagi sebelum habis Syawal hahah
Deletemahal sis beli.. kitorang beli haritu RM13 . lps raya dia up. kihkih
ReplyDeletelorrrr... pulak. Boleh pulak dia up gitu eh.. demand tinggi lepas raya. Nak pergi haji balik hari kot 😁😁😁
Delete