Pages

Monday, April 17, 2023

Moreh di Salim's Cafe

Malam tadi ayah ajak moreh di Salim's Cafe. Haritu ayah dah pergi tapi solo je. Kali ni ajak kami semua tapi Abang Imi buka puasa di luar dan Kawi taknak makan berat. Jadi kita bertiga je lah pergi. Ibu jaranglah makan-makan lepas terawih tapi bila ayah ajak semua onz je lah walau tinggal Wafi je nak ikut.

Kafe dibuka jam 9 mlm hingga 5 pagi pada bulan Ramadhan,

Balik dari masjid lepas hantar the cousins balik rumah nenek kita terus ke kafe.

Style kat kafe ni, order dan bayar terus di kaunter masuk. Nyatakan meja mana kita nak duduk.

Simple je kafe ni.

Kaunter air panas. Ada teh dan kopi.

Air sejuk yang disediakan. Semuanya sedap berperisa. 

2-3 kali Wafi tambah air coklat tu.
Free flow kan...

Besar kafe ni, sebelah kanan, kiri belakang semua ada meja.

Sedapnya dapat minum kopi panas.

Set breakfast. Lembut betullah srambled egg tu.

Set salmon.

Ambik 2 dish je dan makan kongsi.

One happy little girl dapat makan food yang sedap.
Ingat nak muncung sebab katanya teringin tosei... adehhh.. kita bukan makan kedai mamak 🤣
 

6 comments:

  1. Tengok kopi tu teringin nak minum tapi takut tak boleh tidur sampai waktu sahur hihihiii.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesekali pekena kopi panas memang best cikgu. Ni pun berani minum sebab next day ambil cuti.

      Delete
  2. Kafe-nya terlihat bersih dan rapi ya Mbak.
    Pasti saya akan memesan kopi hitam...ah nikmatnya.

    Salam,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya kafenya terjaga elok.
      Kopi hitam kalau di Indonesia lagi pekat dan special. Ini kopi biasa sahaja. Kami panggil kopi kampung.

      Delete
  3. set breakfast tukar jadi american moreh ye kak...sedap juga sekali sekala jemu berbuka makan nasi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kafe ni konsep Western.
      Malam nak cari makan yang light je. Sesaje nak menyembang2.

      Delete