Pages

Sunday, April 23, 2023

Raya 2023 - Juadah Hari Raya

Seperti yang dirancang, ibu masak juadah seawal jam 5.30 am. By 7 am semua dah setel.

Set Nasi Minyak.

Ni nak bawa ke rumah atuk.


Sambal udang.


Nasi minyak.

Masak 12 pot guna Noxxa, boleh makan sampai dinner. Bila petang masing² cari nasi.


Acar timun + carrot + tomato.


Masuk je dalam periuk (cantik😅) nanti petang senang, tinggal panaskan dan hidang semula. Packkan juga untuk diberi kepada jiran. Ibu tambahkan air Chrysanthemun.

Di rumah nenek mereka dah masak malam tadi.

Ada rendang daging, rendang ayam kampung, sambal tahun, kuah kacang, sayur campur, paru balado by Cik Wada, lemang dan lontong.

Lemang ummi bawa dari Tapah, Cik Otin pun ada bakar juga.
Ayam goreng by Cik Baya, sapa lambat tinggal 🤣🤣🤣

Laksa by Cef Cik Nora. Buat dari hari Khamis kot hari Jumaat raya. Reheat je lah dan by the time Sabtu kuah pun dah sebati.

Cik Nora bawa ayam masak merah, sayur campur dan bubur pulut hitam.

Ehhhh... ada dalaman ayam masak ungkep by Cik Elis.

2 comments:

  1. Replies
    1. Alhamdulillah.. masak yang mudah-mudah je tapi boleh kenyang sampai malam. Sambung lagi esok harinya.

      Delete