Pages

Friday, April 14, 2023

Pertama Kali Sahur Di Rumah

Malam tadi pickup Abang Imi di Stesen Bas Klang Sentral. Bertolak jam 2 pm dari Unisza sampai jam 12 pm. Memang betul-betul musafir lah. Ibu dah cakap nanti jadi macam haritu bas bawa ke beberapa daerah Terengganu untuk pickup penumpang tapi abang kata tak apalah nak balik cepat.. hurmm.. end up 10 jam juga. Ada je lah bas lain tapi Bami nak balik jam 2, itu sahajalah bas yang ada. Itupun seat tinggal 2 je dan terpaksa duduk di bahagian belakang.

Pagi tadi dapatlah Abang Imi bersahur bersama. Sebelum masa belajar di politeknik, setiap kali bulan puasa adalah cuti semestar. Bila masuk U cuti semester dah tak sama, jadi abang berpuasa ni sana. Malam tadi sampai rumah untuk bercuti belajar secara online selama seminggu kemudian bersambung cuti raya pula. Ini pun dah ok walau ada kelas tapi abang boleh berpuasa bersama.

Seperti biasa simple dish je.
Telur goreng bawang, cili, kicap & sos resepi KA.
Popiah carbonara.
Ikan keli balado semalam punya, beli satu pun tak makan. Masuk peti sejuk dan preheat.
Bami je lah makan nasi sebab Wafi dan ayah makan megi goreng, malam tadi beli 2 untuk Bami dinner tapi 1 bekas tak makan.
 

8 comments:

  1. Wah..seronok la iunya anak bujang ada depan mata kan...Dania sempat berpuasa 2-3 kali jer kat UCAM, lepas tu dah cuti semester sampai la lepas raya nanti...15hb exam lepas tu terus sem 2....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selalu dok tanya makan apa buka dan sahur.. ibunya dok risau anak tak cukup makan padahal helok je dia kat sana hehe.. dah ada depan mata ni takde lah pulak masak spesial 😁😁

      Delete
  2. sama la mcm sy dulu2 kak punya la semangat nak balik rumah tak kisah dh pjalanan panjang pun asal cepat dpt naik bas haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaah.. yang penting dah ada dalam bas eh...

      Delete
  3. Halo Mbak, apa kabar?
    Senang ya kalau anak bisa sahur bersama di rumah.
    Anak-anak saya sudah tidak tinggal di rumah. Ada yang di Bogor (sudah punya istri), 2 lagi kerja di Jakarta. Jadi sahur ya hanya berdua saja bersama istri.
    Selamat menjalankan ibadah puasa, Mbak

    Salam,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, sihat sahaja dan terima kasih Pak Titik Asa...
      Sudah senang ya pak sekarang anak sudah ada yang beristeri dan 2 lagi punya kehidupan sendiri.

      Delete
  4. Terkenang-kenang saya sewaktu Farid dan Fuad sambung belajar. Kalau dapat balik beraya, hanya sempat bersahur dan berbuka beberapa hari saja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaupun beberapa hari pasti Kak Amie menyediakan makanan kegemaran mereka kan. Dapatlah mengubat rindu!

      Delete