Pages

Saturday, April 29, 2023

Adik Beradik Ibu Beraya di Rumah

Sabtu kita akan penuhi 2 undangan raya, satu di rumah atuk Leh dan satu lagi di rumah sepupu ibu, Cik Ina. Sempena majlis doa selamat masuk rumah baru (house warming) dan jamuan raya. Sepatutnya kita join adik beradik ibu beraya di rumah Cik Nora tapi kita ada tetamu nak datang, esok-esok je lah datang rumah Cik Nora. 

Dah pesan kat Abang Imi jemputlah kawan-kawan datang rumah sebab mereka nak baraan di sekitar kampung. Bami kata tak sempat sebab mereka beraya ke rumah kawan-kawan perempuan je. Hurmmm... sabar je lah. Kawan-kawan lelaki kan selalu jumpa. Kawan-kawan perempuan kebanyakannya kawan sekolah rendah.

Dah ibu masak banyak mi kari.. sapa nak makan!
Jadi ibu panggillah adik beradik ibu datang since mereka pun beraya ke rumah Atuk Leh dan Cik Ina. Sepatutnya ibu nak ajak mereka lunch hari Ahad, dah alang-alang semua ada, meh lah berkumpul ramai-ramai. Boleh lepak sampai malam.

Geng laki jamah mi.
Yang gegirl dok buat video tiktok.
Sabar je lah bila ada adik-adik Gen Z.

Iman kata mi kari Mak Ngah sedap... lapar lah tu tadi main je. Iman kata 2 kali tambah.

Lepas solat Maghrib mereka suruh bergambar lagi.
Adoiii... bak kata nenek, asyik gambaran je 😂


Sementara mereka setting, kita selfie dulu.


Cik Wada sebagai director.

Kakak Widad suruh ibu pakai lipstik kalau tak nampak pucat. Macam oren je kaler dia. Salah pakai kaler, patut yang kaler merah terang.

Sabarlah semua anak-anak buah.
Berapa kali lah take.. sampai ada yang merajuk bila kena tegur tak betul.
cc Firas 😂

Ain tukang ambik gambar dan video.
Cik Wada nak buat tiktok.
Entah ler... soh berlakon ibu follow je arahan.
Pandai-pandai lah korang edit.

Kakak-kakak muka redho.

Anak-anak buah jadi pengkritik.

Yummyyyyyy...

Iman makan lagi mi kari.
Iman kata taknak ayam.
Dah penat main, lapar... makan lagi!

Ali Iskandar macam biasa... nak main, taknak makan.

Betulkan butang baju adik lelaki yang seorang.


Sesi bagi duit raya.
Haritu kan Cik Ujang balik Johor.

Bersama Cik Ujang dan Cik Ana.
Masa ni yang lain dah balik.

Muka dah nampak katil je.

Tak habis-habis setting.


Gelagat adik beradik perempuan.. macam ni ler...
Tiada dalam gambar Ummi di Tapah dan Cik Fatin balik kampung Cik Iwan di Pulau Redang.
Bestkan kampung di pulau!

Eceh eceh... sopan santun semuanya.

Ini screen shot dari video.
Kakak Widad kata gaya macam nak marhaban.
Next level eh.. dulu biasa dengar macam nak nasyid😃

Percayalah.... untuk dapatkan gambar yang cantik dan penuh tertib ni, boleh bergaduh dan bercucuran air mata.
Cuba tengok Firas!

Nah... free style!

Dah boleh wrap.

Jam 10 lebih tu bila masing-masing dah gerak balik teruslah kemas rumah, mop lantai, cuci semua pinggan mangkuk dan bersihkan dapur.
Bolehlah luruskan pinggang dan kaki.
Baru terasa lapar dan jamah mi kari.
Alhamdulillah.. sedap, ehhh....

4 comments:

  1. Memang rasa penat, rasa letih tapi setahun sekali saja tak mungkin kita lepaskan peluang beraya bersama keluarga kan Faizah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu cikgu... setahun sekali dapat berkumpul hari raya. Tapi seronok bila ingat gelagat mereka.

      Delete
  2. Meriahnya bila keluarga besar berkumpul

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sementara mereka belum beranak-pinak dapatlah kumpul macam ni.. nanti bila adik beradik ada menantu dan cucu sendiri mungkin susah untuk berkumpul.

      Delete