Tetiba teringin nak makan kuih yang manis. Kalau tak popiah sira je manjang.
Masih guna resepi Che An di sini.
Ibu bubuh gula 1/4 SK je jadi kuih kurang manis. Tak best. Kena letak 1/2 SK gula baru puas makan. Tapi Zara kata sedap je, buat apa nak makan manis-manis 😁😁😁, entah berapa ketul dia makan. Sedap katanya. Mujur habis, risau pulak takde sapa nak makan.
Kalau ikut gambar Che An di blog beliau, sikit je perang di luar tu tapi ibu punya terlebih perang tapi dalam still lembut.
(Boleh hasilkan 10-12 pasang)
Bahan-bahan
1. 1 cawan tepung gandum
2. 1 1/2 cawan santan
3. 1/2 cawan air pandan
4. 1 SM tepung kastard
5. 1 biji telur
6. 1 SK margerin
7. Sedikit pewarna hijau
8. Secubit garam (optional)
9. Gula pasir (1/2 SK setiap satu ketul)
Cara-cara
1. Blend/whisk bahan 1 hingga 7 sehingga halus.
2. Panaskan acuan dan oles dengan minyak masak untuk elakkan melekat. Api kena adjust.
3. Masukkan batter dalam acuan. Tunggu sebentar.
4. Bila bahagian tepi bertukar warna, masukkan 1/2 SK gula ditengah2.
5. Tutup acuan.
6. Bila bawah sudah agak keperangan, boleh angkat.
Nota: Jika 1st trip tak menjadi seperti melekat... jangan putus asa.. keluarkan/kikis kerak2. Oles lagi minyak.

Sedap kuih cara manis.
ReplyDeleteSaya pernah buat inti gula apong.
owh.. mesti lagi wangi. Nak cuba jugalah tapi gula yang dari Siam tu.
Deletesaya nak beli acuan kuih cara tak beli2 lagi huhu
ReplyDeleteKalau kuih ni SA prefer beli je la...buat kuih x reti
ReplyDelete