Pages

Wednesday, April 19, 2023

Persedian Masak Hari Raya

Sekarang ni pasti ramai yang sudah berada di kampung halaman atau sedang dalam perjalanan pulang. Ibu masih bekerja sehingga esok Khamis. Syarikat telah memberi cuti tambahan pada hari Jumat, Selasa dan Rabu dengan jangkaan raya pertama jatuh pada hari Sabtu. Kalau raya Jumaat, Khamis malam tu lah kita kelam kabut ya 😁😁

Hari Isnin lepas ibu ambil annual leave sebab nak buat sedikit persiapan dan yang penting sebab nak berehat. Tapi tu lah konon nak berehat end-up sebelum Asar baru sempat ambil nap. Pagi lepas hantar Wafi ke sekolah terus ke kedai beli bahan masak. Sekadar ayam, sotong dan udang. Bahan sayur esok lah boleh cari.

Ini yang wajib disediakan, ibu sambal.
Kali ni masak dalam Noxxa je sebab taknak terpercik. Rasa sekilo lebih cili kering ibu beli. Dapatlah 3/4 Noxxa tu. 
Sambil masak sambal boleh lah cuci segala haiwan yang dibeli.

Sambil2 siang udang tengok drama Korea Hi Bye, Mama 😃
Hampir setengah hari baru lah setel semua kerja. Malam atau pagi raya bolehlah masukkan  udang atau ayam. Jimat masa sebab nak bagi sambal tu netul-betul masak kan ambil masa.Ikut rancangan, pagi dah boleh masak nasi minyak dan acar. Lepastu tapau bawa rumah nenek, makan ramai-ramai kat sana.



8 comments:

  1. menu nasi minyak ye kak pagi raya....sama la kak saya pun masih di office tapi fikiran dah melayang balik kampung

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang senang je Afzan sebab nanti adik beradik lain pun potluck rumah mak bawak menu lain. Kat rumah mak akak pun masak juadah lain.

      Delete
  2. Sama nih Mbak dengan kondisi di rumah saat ini. Istri saya sibuk memasak di dapur, hari-hari kemarin ia sibuk bikin bermacam kue.

    Selamat menyambut Hari Raya Idul Fitri 1441 H
    Mohon maaf lahir dan batin, Mbak

    Salam untuk Mbak dan keluarga.

    ReplyDelete
  3. Jangan lupa share hidangan Hari Raya di sana Pak.. mau tengok kepelbagaian makanan di sana.
    Hari ini Indonesia sudah raya.
    Selamat Hari Raya Aidil Fitri buat Bapak dan keluarga semua.
    Maaf zahir dan batin juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baik Mbak nanti saya share hidangan Hari Raya disini.
      Sebagian masyarakat ada yang hari ini berhari raya. Saya hari raya besok sabtu saja Mbak.

      Salam,

      Delete
    2. Boleh gitu ke Pak Asa? Kan sudah standard.

      Delete
  4. Teringat Khamis tu memang berharap pengumuman announce raya jatuh pada Sabtu..legaaaa...kalau tk mesti macam tahun lepas..raya terkejut...hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama... akak ckp kat family nak raya Sabtu sebab karpet tak beli lagi hahahaha... bila dah announce, malam tu juga pergi kedai karpet so Jumaat boleh relax buat benda lain.

      Delete