Haritu sembang-sembang dengan nenek bawa passport masa trip ke Kuching. Senang tak perlu isi arrival form. Nenek kata boleh lagi ke sebab passport nenek mati Jan 2024. Aduhhh... dah dekat pula. Bila fikir balik better renew lah jadi next year kalau nenek nak buat umrah lagi passport dah ready.
Ting!!! Teringat kat Kakak Widad yang belum tukar IC dari 12 tahun.. haaa bolehlah buat sekali. Kebetulan kakak pun memang nak renew IC sebelum masuk U.
Nenek kata bolehlah pergi Isnin lepas nenek balik solat dari masjid. Ibu bagitau Isnin biasa ramai, buat hari Selasa. Lepastu pesan kat nenek tak payah lah pergi masjid, sehari je haahhahah (anak jahat π
π
) sebab kalau lambat tak dapat nombor giliran. Nenek pasrah je π
Lepas Subuh dalam jam 6.30 am tu Kawi keluar rumah jemput nenek. Sampai UTC jam 7.40 camtu. Kawi kata dah beratur panjang.
Btw, untuk warga emas kalau nak renew passport boleh walk-in juga selain buat secara dalam talian.
Nak senang walk-in je lah π
Tu haaaa... no 96. Kawi kata tak lama lepas tu no habis.Agaknya sampai 100 je kot.
Masa sedang tunggu pegawai nampak nenek jadi dia bagi nombor laluan khas untuk warga emas.Alhamdulillah rezeki. Patut dari awal Kawi tanya sebab kebiasaannya pasti ada kaunter untuk warga emas dan OKU. Ibu pun lupa nak pesan.
Isi details dalam borang kecik tu.
Pesan siap2 kat nenek pakai tudung gelap tapi lupa pesan pakai gincu hehehe
Lepas ambil gambar buat bayaran di kaunter bayaran.
Bagi warga emas RM100 dan bayaran secara debit card.
Cashless dah sekarang ni.
Jam 9.50 pagi selesailah urusan nenek.
Yeayyyy.. nenek dah boleh jalan2.
Renewal date tu akan follow date yang sama jadi kalau kita renew awal tak rugi tarikh pun.
Giliran Kawi pula buat IC. Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) terletak di ground floor manakala Jabatan Imigresen di tingkat 2.
Sebelum jam 12 selesai pula urusan Kawi renew IC.
Barulah gembira tengok IC sekarang kalau tak kan IC umur 12 tahun.
Ibu pun lupa untuk bawa Kawi renew masa umur 18.
Kawi cerita masa balik nak bayar tiket parking kenapalah tak boleh bila scan Touch n Go.
Habislah kereta belakang banyak beratur dan bagi high beam. Mujur ada yang berhati baik tanya apa yang terjadi.
Rupanya Kawi tak perasan yang parking situ kena bayar tiket di kaunter.
Terpaksalah semua kereta yang menunggu giliran keluar undur dan Kawi pergi cari kaunter bayaran. Tiket pula tak jumpa katanya masa ambil tiket bagi kat nenek. Tak tau lah macamana Kawi setel.
Bila balik rumah check2 dompet, adalah tiket tu terselit2 dengan resit lain... hurrrmmmmm
Masa dok kalut biasalah jadi camtu.
Kawi kata terasa bodoh sikit.. mana taknya, masuk ambil tiket tapi bila balik scan Touch n Go π
Terima kasih Kawi uruskan passport nenek.