Pages

Sunday, June 30, 2024

Kek Pisang Coklat

Tadi ibu buat kek pisang coklat untuk minum petang. Teringin dah seminggu, cari² belum jumpa orang jual. Nak makan sikit je hilangkan craving. Asyik teringat je itu yang kena buat. Lagipun ada Kak Widad dan Abang Imi boleh tolong makan sama.

Kek Pisang Coklat

Resepi ambil dari Khairul Aming.
Ibu olah sikit resepi tu.

Bahan²

1. 3 biji pisang 
2. 100g mentega dicairkan (1/2 cawan minyak masak)
3. 1/2 cawan gula pasir (gula perang)
4. 1 biji telur
5. 1 sk esen vanila
6. 1 sk bikarbonat
7. secubit garam
8. 1 1/2 tepung gandum
9. 1/2 cawan coklat cip
10. Almond nips (tambah)

Cara²

1. Lenyekkan pisang. Ibu biarkan 1/2 jam nak bagi pisang tu kaler perang. Masukkan bahan 2 - 7 ikut turutan dan gaul rata. Ibu guna garpu je.
2. Masukkan tepung gandum dan kacau kemudian masukkan coklat cip.
3. Masukkan adunan dalam baking tray yang dilapik dengan baking paper dan tabur kacang badam.
4. Bakar dalam suhu 180⁰c selama 40 minit atau ikut suhu ketuhar masing²
(ibu masuk air fryer 180⁰c, 30 minit.. selepas ini guna AF 160-170⁰c sahaja sebab AF Phillips ni kuat panasnya)


Ibu guna loyang 6"
Baking paper habis kita pakai A4 paper huhu...

Tu haaa.. ternganga bila habis 30 minit.. dalam ada yang belum masak jadi ibu tambah 10 minit guna 120⁰c sahaja).

Mungkin ibu derhaka resepi tambah 1/2 sk baking powder jadi kek terlebih kembang. Tapi rasanya disebabkan suhu AF yang terlebih.

Nampak terlebih garing tapi sedap, cruncy di luar lembut di dalam.

Untuk makan sendiri kan... kita chill je.. tak perlu jadi perfectionist😅

Moist kek ni walau ternganga🤣

Makan panas².. ahh sedap.
Lagi² bila tergigit kacang badam tu.

Kek ni bila dah sejuk lagi moist.


Kejohanan Kriket Inter-SBP

Semalam Wafi share gambar² dia dan kawan² di Semesta. Takde pulak share gambar masa perlawanan. Itu pun whatsap dah dalam perjalanan balik ke utara. Coaster ikut jalan Cameron Highland.

Mereka sampai sekolah lebih kurang jam 1 pagi.

Kat pipi tu ada calar sebab Wafi jatuh masa kat sekolah lagi.

Besar betul baju tu Wafi 
Suka sangat baju oversized.
Rasanya dia ambil 2XL.

Wafi dan Wafa.

Yang ibu ingat Wafi, Wafi, Anis dan Alya.

Kemain lagi.

Seronok mereka balik dengan kemenangan.

Wafi beritahu Smadj run 99 Shah Pekan 23.
Ibu pun tak tau macamana kiraan mata game kriket ni.

Wafi dan kawan² F2 reserve untuk game di Semesta. 
Tak mengapalah Wafi.. dapat pengalaman dan belajar dengan senior di padang berlainan. 
Cikgu² bagi pendedahan pada para pelapis.

Wafi beritahu lepas ni akan ada game lagi.

Update 22/7/2024 : Ambil gambar ni dari FB Kelab Kriket sekolah Wafi.








Saturday, June 29, 2024

Punten

Punten ni ibu buat lama dah.. baru ternampak dalam draft.

Masa tu nampak ada yang share di FB, teringin pula nak buat sendiri.

Resepi punten ni macam kita nak buat nasi lemak cuma lebihkan air.
Beras, santan, garam, daun pandan dan minyak masak.
Bila nasi tu dah masak lenyek² kan dan buatlah bentuk yang kita nak.

Kalau jenis OCD kenalah buat sama saiz tapi sebab ibu jenis yang nak cepat.. asal jadilah bentuk tu🤣

Buat pulak terbanyak padahal berdua je makan. Tak sabar nak adun. Mungkin ini pertama dan terakhir buat.
Sekadar nak makan.. beli je lah.. ada je pagi orang jual pagi².

Walau ada yang panggil Punten Jawa tapi nenek tak pernah buat pun dulu. Lately ni je ibu kenal punten.

Melalui bacaan, punten ni terkenal di kalangan orang Jawa di daerah Sungai Besar dan Sabak Bernam.

Makanlah dengan sambal ikan bilis atau apa² sambal.
Gambar sambal jadi gelap pulak.
Punten ada kaler perang tu sebab masa kepal² ambil bahagan kerak yang bawah juga.



 

Santai Sabtu


Pagi ni briskwalk dengan Kak Widad di Dragonfly, Eco Grandeur. Kawi excited sebab pertama kali datang sini.

Route pagi ni.

Balik tu singgah beli nasi lemak.. topup kalori😆
Kawi teringin sangat makan nasi lemak dari gerai yang biasa ibu beli.

Hari ni belum ada plan apa².. rehat² je lah dulu di rumah duduk depan TV.

Ayah kerja, Bami ke Melaka.
Kawi pulak lepasni tidur lah tu.. burung hantu.. siang tidur malam berjaga.
Dok sibuk dengan revisionnya.

Diffuse Lemongrass.
Rasa duduk dalam spa😅

Layan Netlix, Ultraman : Rising

Comel anak kaiju tu😁

Ibu pilih filem santai² je.


 

Friday, June 28, 2024

Trip Wafi Ke SEMESTA

Pagi tadi Wafi dan team kriket gerak dari sekolah jam 8.50 am menghala ke Raub, Pahang. Naik coaster sekolah. Team girls sahaja.

Boleh lah Wafi bawa HP atas kebenaran sekolah. HP memang tinggalkan kat cikgu di Unit Bimbingan dan Kaunseling.

Wafi duduk dengan Alya.
Classmate dan BFF juga.

Mereka singgah di RnR Gunung Semanggol. Ini yang Wafi beli. Memang kegemarannya lah roti di Harold's Bread. Setiap kali long trip memang kami singgah kedai roti ini. Tapi tak semua RnR yang ada Harold's Bread.

Di area Selangor hujan lebat katanya.

Sekali Wafi hantar gambar Mr Crabby ni.
Ya Allah.. macamana lah boleh tercabut mata dia tu. Tunggulah balik nanti baru jahit. Sebelum ni satu telinga tercabut. Tak jumpa pulak telinga sebelah tu. Sian Mr Crabby ni.. cacat dah..

Jam 7.20 pm tadi Wafi share gambar ni. 
Dinner.
Mereka tidur semalam di homestay.

Esok baru ada game di Semesta.
Good luck Wafi dan team.


 

Rezeki Pagi Jumaat

Hari Jumaat pagi biasa ibu akan ambil heavy breakfast. Samada nasi lemak berlauk, bihun atau segala mi berlauk.
Beli je lah.. tak ada nya nak masak sendiri 😁

Pagi ni beli kat gerai pacak depan kilang area ofis ibu. Gerai ni biasa ramai pelanggan sebab satu-satunya gerai Melayu di kawasan sini. Kebanyakan kilang ada kantin sendiri. Kadang-kadang nak juga makan makanan tempat lain.

Ibu ambil set nasi kerabu lauk ayam berharga RM6. Dah pack siap-siap. Sayur, serunding ikan dan sambal 2 jenis dipack asing dalam bungkusan nasi.
Sedap secukup rasa. Condiments pun banyak. Puas hati dengan serunding ikan tu. Pernah beli kat pasar malam nasi kerabu tapi serunding kelapa. Krik.. krik.. juga bila makan. Ye lah.. kalau makan serunding kelapa tu lebih baik makan nasi ambeng je😅

Masa ibu tengah breakfast di pantry, kawan-kawan letak kuih-muih plak.
Masing-masing berlumba-lumba sedekah Jumaat pagi.
Semoga murah dan mencurah-curah rezeki kawan-kawan ibu ni.

Vietnamese Roll. 
Setiap seorang dapat satu pack.

Popiah basah.

Koci.

Karipap.

Bila dah makan heavy breakfast ibu tak makan tengahari dah.
Bolehlah makan kuih-muih yang ada ni.
Jumaat rehat panjang 1 - 2.30 pm, lama lah sikit boleh layan mata 😃
 

Thursday, June 27, 2024

Khabar Dari Asrama

Petang tadi cikgu penyelaras upload di telegram gambar program hari ini.

INSENTIF UASA 2023 & PENYERAHAN T-SHIRT PAKSI😍
27/6/2024
Dewan Terbuka 

Dapatlah ibu tengok gambar² Wafi dan kawan² Paksi 2

Rasa mereka beratur ikut kelas tapi tak sure kenapa Wafi berdiri depan sekali.
Nak kata paling rendah tak juga.
Nak kata dapat award tak juga😅

Nampak ceria je semua.

Bersama sebahagian dari guru.

Paksi 2 ni ada 120 orang. Equally 60 boys and 60 girls. 
Kot ada data yang tertinggal ibu tak sure tapi around gitu lah setiap batch.
Haritu Wafi beritahu top 10 Paksi 2 akan terima insentif. Mungkin dalam bentuk RM.

Ini pula penyerahan T-shirt Paksi 2.
Nama batch mereka Cosvictor.
Pelajar sendiri organize T-shirt setiap batch.

Rasanya dah banyak helai lah t-shirt yang Wafi ada. T-shirt rumah lain pun dibeli... begitu juga permainan lain. Haritu kata nak beli T volleyball. Gamaknya 5 tahun kat sana penuh kot locker dengan T yang pelbgai jenis. 

Kalau t-shirt yang ada badge sekolah boleh pakai di kawasan sekolah manakala yang tiada badge hanya boleh pakai di asrama sahaja.

Simpan sini gambar² gelagat Wafi dan kawan².


Bila dok belek² gambar Wafi baru ibu perasan Wafi pakai T-shirt merah. Patut rumah Laksamana kaler biru😁.
Sabar je lah...


Esok Wafi dan team kriket akan ke Pahang. 
Harap cikgu dapat share gambar² mereka.
 

Wednesday, June 26, 2024

Musim Laici Kembali Lagi

Balik kerja semalam ibu singgah pasar malam. Niatnya nak cari sayur dan buah-buahan.
Sekali nampak ada satu peniaga jual laici hijau. Sepeket berharga RM12.
Peniaga bagi buah untuk dirasa. Manis.

Ibu ambil 2 peket sebab nak bagi nenek satu.
Adalah ibu beli buah lain seperti anggur, dragon fruit, limau dan buah pear.
Beli extra juga buah-buahan untuk nenek selain ikan dan sotong.

Adalah 2 - 3 biji yang agak lebam tapi still elok lagi.
Kalau nak beli laici ambillah yang warna hijau.
Manis leting.

Laici merah kaler je menawan tapi setakat yang ibu beli semuanya rasa masam manis (lebih pada masam).

Cukuplah kot dapat rasa laici hijau ni .. tapi tak tau lagi lah kot terjumpa kat lain grocery 😅

Ingat nak beli durian pula sebab otw balik kerja ada 2 port peniaga jual durian.

Bila buah bermusim ni kita pun nak rasa-rasa lah juga.

 

Sunday, June 23, 2024

Mangga Tepi Rumah

Petang tadi bersihkan daun² kering tepi rumah. Lepastu bakar. Rasa dah dekat sebulan tak keluarkan peluh petang² hari.
Tadi kena keluar rumah juga sebab bila petang rasa dah tak betah duduk dalam rumah seharian. 

Teringat pesanan Cik Ana untuk tengok² mangga kat pokok. Karang habis tupai makan.

Nampak ada buah muda yang dah gugur. Ada 4 biji yang sudah cukup matang untuk dipetik. Baru perasan ada sebiji yang sudah jatuh ke tanah dan luak. Mungkin tupai makan.

Spesis yang satu ni punya daun yang lebih lebar dan panjang. Belum pernah berbuah lagi. Ingat nak cari baja penggalak buah kat kedai Cik Rasul esok.

Tak tau lah penyewa jiran sebelah tanam apa. Penyewa² sebelum ni rajin juga hulur² seperti peria dan timun😅

Sunset.

Pokok ada 2 batang je tapi kadang² terlupa kewujudannya huhu..
Ingat nak minta Cik Ujang tanam lagi.

4 biji mangga yang dipetik tadi. Dah kuning sikit dan keluar getahnya.
Tunggulah beberapa hari lagi bolehlah kupas.