Pages

Friday, June 28, 2024

Trip Wafi Ke SEMESTA

Pagi tadi Wafi dan team kriket gerak dari sekolah jam 8.50 am menghala ke Raub, Pahang. Naik coaster sekolah. Team girls sahaja.

Boleh lah Wafi bawa HP atas kebenaran sekolah. HP memang tinggalkan kat cikgu di Unit Bimbingan dan Kaunseling.

Wafi duduk dengan Alya.
Classmate dan BFF juga.

Mereka singgah di RnR Gunung Semanggol. Ini yang Wafi beli. Memang kegemarannya lah roti di Harold's Bread. Setiap kali long trip memang kami singgah kedai roti ini. Tapi tak semua RnR yang ada Harold's Bread.

Di area Selangor hujan lebat katanya.

Sekali Wafi hantar gambar Mr Crabby ni.
Ya Allah.. macamana lah boleh tercabut mata dia tu. Tunggulah balik nanti baru jahit. Sebelum ni satu telinga tercabut. Tak jumpa pulak telinga sebelah tu. Sian Mr Crabby ni.. cacat dah..

Jam 7.20 pm tadi Wafi share gambar ni. 
Dinner.
Mereka tidur semalam di homestay.

Esok baru ada game di Semesta.
Good luck Wafi dan team.


 

10 comments:

  1. Jauhnya bersukan sampai ke Raub ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah.. pertama kali dapat peluang terus ke luar negeri Kedah😅

      Delete
  2. jauh juga tournament Wafi ye, all the best puteri comel

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ia Kak Ana.. ingatkan area Daerah Kuala Muda je.

      Delete
  3. sambil bersukan sambil enjoy the moment kan

    ReplyDelete
  4. Hahahaha bagaimana bisa lepas yaa 😅😅. Gemas sangat nampaknya wafi dengan Mr crab 🤭

    ReplyDelete