Pages

Monday, June 10, 2024

Sayur Batang Keladi

Tadi jam 9 lebih Cik Wan hantar barang ibu, sekali dengan sayur batang keladi tumis pedas. 

Semalam ibu dah bagitau nenek yang hari ni lepas ofis nak singgah rumah ambil barang. Jam 7 Cik Fatin whatsap, nenek dah tanya kenapa tak sampai lagi. Bagitaulah masih kat ofis tak sempat singgah sebab ibu keluar dah 7.15 malam.

Kak Widad plak nak buka puasa sama², ingat kalau dia buka sorang² bolehlah ibu buka dengan nenek. 

Dilema juga tadi πŸ˜ƒ

Teringat plak pisang goreng sebab semalam nenek dah bagitau pisang banyak, nak goreng untuk berbuka.

Rezeki malam ni dapat sayur keladi. Ingatkan ada pisang goreng juga, dah habis lah tu πŸ˜…. Disebabkan sudah kenyang makan nasi ayam yang Kak Widad masak, ibu ratah je. 

Fuhhhh... sedap sangat.

Air tangan mak.. kanπŸ₯°
 

10 comments:

  1. Favorite ni Kak. Tapi tak reti nak masak sendiri hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh try PH.. kalau ada pokok sendiri kerat batang yang agak muda. Lebih elok biarkan 1/2 hari atau sehari nak kasi getah dia keluar. Siat kulit luar dan potong batang ikut saiz yang kita nak. Basuh dan tumis macam biasa.

      Delete
  2. aduhai..fav SAa ni..dapat ni...goreng ikan masin ke..ikan kembung ke...mmg suami kat sebelah senduk la sendiri nasi...hahahhaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kekeke...
      betul tu SA, gabungan mantap. Lauk takyah banyak2 sangat.

      Delete
  3. Aissh dah lamaaa saya tak makan sayur keladi. Dulu sering buat saat asisten lama masih Ada. Memang sedaaap, apalagi dimasak pedas πŸ˜„. Tapi hrs hati2 sikiit kan, Krn kalo salah mengolah buat gatal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa mengolah tu kena hati-hati jangan sampai kena getah sebab boleh gatal2, nak masak pun hilang mood.
      Gatalnya tidak boleh bawa bincang. Itu sebab kena biarkan seharian selepas batang dipotong bagi getah kering dahulu. Masa buang kulit elok pakai sarung tangan.

      Delete
  4. mcm nak buat sayur batang keladi yg x gatal.. ldy pernah buat tp mak aii gatal yg amat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang tengok juga jenis keladinya Lady.. Akak pun tak reti sangat sebab biasa mak yang tentukan pokok mana boleh petik. Pernah juga termakan yang gatal.

      Delete
  5. Sayur batang keladi ni memang favourite masa mengandungkan Dania. Tak pernah cuba buat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesekali boleh try Ezna. Kat pasar tani biasa ada jual. Kalau beli yang dah siap masak biasanya masak air asam.. bagi akak tumis pedas lagi sedap.

      Delete