Pages

Sunday, June 23, 2024

Mangga Tepi Rumah

Petang tadi bersihkan daun² kering tepi rumah. Lepastu bakar. Rasa dah dekat sebulan tak keluarkan peluh petang² hari.
Tadi kena keluar rumah juga sebab bila petang rasa dah tak betah duduk dalam rumah seharian. 

Teringat pesanan Cik Ana untuk tengok² mangga kat pokok. Karang habis tupai makan.

Nampak ada buah muda yang dah gugur. Ada 4 biji yang sudah cukup matang untuk dipetik. Baru perasan ada sebiji yang sudah jatuh ke tanah dan luak. Mungkin tupai makan.

Spesis yang satu ni punya daun yang lebih lebar dan panjang. Belum pernah berbuah lagi. Ingat nak cari baja penggalak buah kat kedai Cik Rasul esok.

Tak tau lah penyewa jiran sebelah tanam apa. Penyewa² sebelum ni rajin juga hulur² seperti peria dan timun😅

Sunset.

Pokok ada 2 batang je tapi kadang² terlupa kewujudannya huhu..
Ingat nak minta Cik Ujang tanam lagi.

4 biji mangga yang dipetik tadi. Dah kuning sikit dan keluar getahnya.
Tunggulah beberapa hari lagi bolehlah kupas.
 

16 comments:

  1. Pokoknya kecik tapi hasilnya lumayan juga ye Kak . Alhamdulillah 👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. baru nak berjinak2 tanam tanaman.
      Padahal kalau sebelum ni dah tanam mesti dah banyak pokok hehe

      Delete
  2. Tupai makan lepas tu dia biar ajer buahnya berlubang....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ia.. dah tu dia makan tak habis pulak tu.
      Mujur dia makan satu yang lain ditinggalkan buat tuan rumah.
      Tak ngapelah.. berkongsi rezeki. Harap lepas ni berbuah lagi lebat.

      Delete
  3. Assalamualaikum sis, bestnya ada kebun, jiran pun rajin menanam, dapatla berkongsi rezeki..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. Kami tak ada kebun cuma duduk kampung adalah tanah sikit tepi rumah cuma tak berapa rajin nak menanam 😅. Adik lelaki yang tolong tanam pokok mangga tu.

      Delete
  4. Sayang kan kalau buah berlubang. Kadang kami ambik jugak, kupas buang yang tak elok, apa lagi buah yang manis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sayang Mulan.. sebelum ni bila buahnya 2 biji sahaja di pokok dan satu biji tu tupai dah tebuk jadi kami ambil juga. Kali ni buahnya lebih banyak dan yang ditebuk tu sudah jatuh ke tanah, itu yang biarkan sahaja.

      Delete
  5. Mangga zaman sekarang ni, pokok kecil tapi dah pandai berbuah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kak, kacukan kot. Setahun dua dah boleh makan buahnya.

      Delete
  6. seronoknye... ade pokok mangga sendirik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. itu je lah pokok yang ada Lady

      Delete
  7. Saya kalo lihat kebun dengan tanaman begini suka. Apalagi kalo sampah berbuah. Tapi tuh lah kak, tak bisa mengurusnya 😅. Sekedar suka lihat saja...🤭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tanam pokok yang boleh hidup sendiri je ni Fanny.

      Delete