Pages

Saturday, June 15, 2024

Makan² Buat Birthday Girl

Wafi balik Khamis lepas. Dapatlah cuti sehingga 18hb sempena Aidil Adha
Disebabkan birthday Wafi jatuh pada hari Selasa, 11/6/24 dapatlah kita sambut sama-sama masa Wafi sampai rumah tu. Kebetulan abang dan kakak pun sudah berada di rumah.

Menu ringkas je.

Ibu minta Kak Widad masakkan lauk kegemaran Wafi iaitu asam pedas ikan pari juga kangkung tumis. Add-on telur dadar untuk meriahkan meja😁. 
Balik dari ofis ibu singgah beli Suaz pizza.

Sempat kakak buatkan kek batik untuk Wafi.
Small size je, cukuplah untuk seisi keluarga.
Kakak ni kreatif, biskut guna small packet biskut Munchys yang ada.
Bahan-bahan lain kebetulan memang ada lebihan masa raya puasa haritu. 

Table setting ringkas yang kakak arrange.

Muka penat.
Alhamdulillah.. dapat makan asam pedas bertambah makan.

Potong kek macam nak sembelih lembu 😁

Ibu hadiahkan kamera ni sebab Wafi beritahu nak yang biasa.
Ganti yang lama. Takde brand beli kat Shopee. Tengok review nampak ok.


No comments:

Post a Comment