Pages

Saturday, June 22, 2024

Hantar Wafi Balik Asrama


Wafi dah selamat sampai ke asrama jam 1 pm tadi. 

Pagi tadi keluar rumah jam 6 am selepas solat Subuh. 11.30 am sampai Sungai Petani. Singgah dulu Amanjaya Mall untuk lunch. Paling mudah makan di TCRS. Wafi makan sikit je sebab excited nak balik asrama jumpa kawan².

Wafi request Rotiboy nak bagi kawan². Ibu belikan 15 pcs dan minta Wafi bagi geng² ETS juga.
Ada mommy geng ETS kirim belikan barang juga. Gitulah sesama kami.. kalau ada yang jenguk anak, volunteer belikan barang. Nak datang selalu memang tak mungkin😄

Ambil gambar je dalam kereta sebab Wafi tak bagi ibu keluar. Dok risau sebab dia je sorang pakai baju PBM. Ye lah .. dah awak sorang yang extend.. kawan lain Selasa dah sampai😁

Curi² ambil gambar. Kakak dok risau Wafi terlanggar pagar tu je.

Ok Wafi.. 
Belajar elok².
Good luck untuk paper Science, PK dan RBT.
Enjoy your school life.

Jumpa lagi PBM Awal Muharram nanti.

Ibu, ayah dan kakak stay semalam di Kulim.
Abang Imi tak follow sebab malam ni nak gi stadium tengok bola.
 

7 comments:

  1. Good luck Wafi for your exam 🤲

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih auntie PH 🥰
      Malam tadi beritahu tinggal paper PK dan RBT.
      Hari ni selesailah semuanya.

      Delete
  2. Alhamdulillah dah sembuh anak bungsu ibu yaaa 😄👍. Semoga lancar untuk Exam wafi yaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin.. terima kasih auntie Fanny.
      Insyaallah hari ni selesai semuanya.

      Delete
  3. All the best Wafi...anak bongsu ibu manja betul ni....

    ReplyDelete