Jam 12 tadi ada motorsikal lalu dan pin². Bila ibu jengok tak nampak dah. 15 minit kemudian bunyi lagi cepat² ibu buka pintu. Rupa² nenek yang bawak motor. Ibu panggil nenek minta singgah. Turun je motor nenek tanya dah masak ke.
Nasi dah masak, lauk dan sayur dah prepare cuma tinggal masak sebab belum nak makan lagi.
Nenek kata pergi rumah nenek Masi hantar duit kutu. Ibu ajak nenek masuk dulu. Ibu minta nenek tunggu dulu boleh lunch sama². Kejap je masak sebab semua dah ready. Sementara ibu masak sempat ibu jengok nenek yang terlelap atas sofa.
Ibu hidang makanan dulu, bila nak makan tu dengar orang bagi salam. Wafi beritahu Harith sampai.
Aikkk... tiba².
Dekat jam 1 macam tu Cik Ami tinggalkan rumah kita.
Ibu potongkan dragon fruit juga.
Cendawan shitake goreng ni ibu masak ikut style Suria Amanda share di FB. Cuma ibu tambahkan cili benggala untuk memeriahkan keadaan😆.
Nampaknya penggunaan masakan untuk kedua² menu sama iaitu sos tiram, kicap pekat dan kicap cair🤭
Alhamdulillah.. nenek makan bertambah. Lepas makan nenek start motor cepat² nak balik sebab hujan nak turun. Aiseyyy... ingat nak sembang² lagi.
Uish Nenek main kutu ye :D
ReplyDeleteSeronoknya rumah dekat² dgn rumah mak ... Moga Nenek sihat² selalu.
Nenek jadi ibu kutu😁
DeleteGiliran kakaknya dapat itu yang mak akak hantar sekali lah lawat. Rumah kakak mak akak tu belakang rumah akak ke.
Aamiin.. terima kasih atas doanya PH.
Dekat ke rumah nenek tu boleh naik motor je? Nampak sedap juga cendawan tu.
ReplyDeleteDekat je. Naik motor 5 minit ada rasanya. Mak akak lalu jalan dalam.
DeleteAkak pun rasa sedap juga makan cendawan tu. 1st time try masak, rebus dulu cendawan dan toskan. Lepastu tumis bawang putih +cili ladi. Masukkan cendawan bubuh sos tiram, kicap pekat, kicap cair, garam dan secukup rasa. Tambah capsicum.
DeleteNenek masih bisa bawa motor, hebat 👍👍. Saya JD teringin pula masak tumis cendawan Shitake itu kak ❤️❤️❤️. Sukaaa sangat memang dengan Shitake.
ReplyDeleteAlhamdulillah.. masih kuat bawak motor.. mudah untuk ke masjid atau surau, kedai malahan bertandang ke rumah teman². Cumanya di kawasan berhampiran sahaja walau boleh bawa jauh sebab mak ada Lesen B motor. Tapi kalau jauh² anak² tidak benarkan sebab banyak kenderaan besar. Lebih baik kami hantarkan sahaja.
DeleteThis comment has been removed by the author.
DeleteWah...rezeki ornag singgah rumah...akak dah buat dah resepi tu..SA blom lagi...xde kesempatan , cendawan dah beli ...cili je xde...
ReplyDelete