Pages

Monday, June 3, 2024

Lega Bila Wafi Sudah Sampai Ke Sekolah

Alhamdulillah Wafi sudah sampai ke sekolah lebih kurang jam 4.30 pm tadi. Ini pertama kali daftar lambat walau pun ikut jadual pelajar perlu sampai ke sekolah jam 5 pm. 

Tren ETS yang sepatutnya sampai jam 3.20 pm sampai jam 4 pm. Masa di Tasek Gelugor Wafi kata tren patah balik ke stesen. Pengumuman pula tak berapa jelas. Mujur 1 stesen je sebelum ke Sungai Petani.

Teksi yang sudah ditempah tidak boleh tunggu lama. Masa Wafi sampai kena tunggu pula 10 minit untuk teksi gantian sampai. Kalut sikitlah tadi sebab Wafi kata kalau lewat camni jalan jem nak masuk kawasan sekolah. Kebiasaannya begitu lah, sejam sebelum jam lapur diri banyak kenderaan masuk.

Next balik, ibu dah belikan tiket sama masa. Kalau terjadi lagi kelewatan selepas ini ibu akan ambilkan tiket jam 10.20 am camtu seperti yang sebelum² ini. At least tren sampai dalam 2.30 pm dan kalau ada kelewatan masih banyak masa lagi.

Lesson learnt.
Cuma ibu masih tak percaya yang ETS boleh delay😅 sebab sebelum² memang perfect.. on time! 
Departure & arrival.

Harap Wafi tenang² bila dah sampai asrama sebab kena kemas katil, iron semula cadar dan sarung bantal. 

Pagi tadi cuma minum segelas susu dan makan chicken ball seketul. Ibu bungkuskan chicken ball dan sweet potato fries untuk makan dalam tren.

Ibu bekalkan nasi putih, sambal sotong, ayam goreng dan sayur cendawan. Bolehlah makan nanti sebab Wafi taknak dinner di dewan makan.
 
Ibu hantar ke Sungai Buloh sebab ayah tak balik lagi.

Kali ni Wafi balik berempat bersama Najlaa, Ariana dan Alma.

Lagi seminggu ada Peperiksaan Pertengahan Tahun (PPT).
Semoga Allah permudahkan urusan Wafi.
Harap Wafi dapat bahagikan masa dengan latihan kriket dan PPT🤲

Kita jumpa lagi 13/6 untuk cuti raya haji eh.

8 comments:

  1. rumah dah sunyi semula kan kak..kembali rutin harian kita menghitung hari tarikh anak balik hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ia Afzan, lepas ni balik raya haji. Lepastu bulan depan baru balik semula.

      Delete
  2. Oh balik lagi 13 june raya haji ya kak. Tak terasa loh, saya baru sadar pula bulan ini raya hajj 🤣🤣. Nampak sangat blm beli hewan kurban 🤭😅.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cepatkan masa berlalu.. lagi 10 hari raya haji.

      Delete
  3. ets kena ada nama shinkansen ni...baru xkan ada delay hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkinlah hehe... harap suatu hari nanti.
      Ini pertama kali delay sepanjang naik ETS, itu yang tak percaya.

      Delete
  4. Lately ETS memang selalu problem kak..selalu SA dengar pengumuman masa kat KL Sentral....

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo laaa.. tu yang nak tengok balik kalau asyik delay nak kena naik ETS yang lebih awal.

      Delete