Pages

Sunday, June 30, 2024

Kek Pisang Coklat

Tadi ibu buat kek pisang coklat untuk minum petang. Teringin dah seminggu, cari² belum jumpa orang jual. Nak makan sikit je hilangkan craving. Asyik teringat je itu yang kena buat. Lagipun ada Kak Widad dan Abang Imi boleh tolong makan sama.

Kek Pisang Coklat

Resepi ambil dari Khairul Aming.
Ibu olah sikit resepi tu.

Bahan²

1. 3 biji pisang 
2. 100g mentega dicairkan (1/2 cawan minyak masak)
3. 1/2 cawan gula pasir (gula perang)
4. 1 biji telur
5. 1 sk esen vanila
6. 1 sk bikarbonat
7. secubit garam
8. 1 1/2 tepung gandum
9. 1/2 cawan coklat cip
10. Almond nips (tambah)

Cara²

1. Lenyekkan pisang. Ibu biarkan 1/2 jam nak bagi pisang tu kaler perang. Masukkan bahan 2 - 7 ikut turutan dan gaul rata. Ibu guna garpu je.
2. Masukkan tepung gandum dan kacau kemudian masukkan coklat cip.
3. Masukkan adunan dalam baking tray yang dilapik dengan baking paper dan tabur kacang badam.
4. Bakar dalam suhu 180⁰c selama 40 minit atau ikut suhu ketuhar masing²
(ibu masuk air fryer 180⁰c, 30 minit.. selepas ini guna AF 160-170⁰c sahaja sebab AF Phillips ni kuat panasnya)


Ibu guna loyang 6"
Baking paper habis kita pakai A4 paper huhu...

Tu haaa.. ternganga bila habis 30 minit.. dalam ada yang belum masak jadi ibu tambah 10 minit guna 120⁰c sahaja).

Mungkin ibu derhaka resepi tambah 1/2 sk baking powder jadi kek terlebih kembang. Tapi rasanya disebabkan suhu AF yang terlebih.

Nampak terlebih garing tapi sedap, cruncy di luar lembut di dalam.

Untuk makan sendiri kan... kita chill je.. tak perlu jadi perfectionist😅

Moist kek ni walau ternganga🤣

Makan panas².. ahh sedap.
Lagi² bila tergigit kacang badam tu.

Kek ni bila dah sejuk lagi moist.


7 comments:

  1. Tengok org buat kek jadi je.. Bila diri sendiri buat.. Ke laut dalam... Hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tak jadi asal ada rasa dan boleh makan, jalan je Linda 😂

      Delete
  2. Cie ada resipi confirm jadi boleh try nanti.

    http://www.roziahmuhammadnor.com/2023/02/resepi-kek-pisang-coklat.html?m=1

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok, tq Cie share resepi. Later akak try yang ini pula.

      Delete
  3. Dulu waktu semua anak-anak masih tinggal bersama, dalam seminggu mesti buat sekali kek pisang. Memang tak sabar nak makan, tak tunggu sejuk. Aroma kek pisang sedang dibakar pun sudah cukup menggoda selera.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak, dia punya aroma masa bakar tu memang rasa tak sabar nak makan.
      Tadi saya oogle resepi kek pisang butter yang kak amie buat, lepas ni boleh try juga.

      Delete
  4. Suka tgok orang buat kek, menjadi je.macamkak Mulan buat kek...sendiri buat ntah apesal x menjadi walau ikut step by step

    ReplyDelete