Pages

Sunday, June 2, 2024

Terpaksa Korek Tabung

Kasihan pula bunyinya huhu.. 

Yaa... hari ni terpaksa korbankan salah satu tabung demi mendapatkan duit syiling. Elok juga diambil kalau tak suatu hari nanti pun terpaksa bawa ke bank untuk disimpan. Tak semua keluarkan sebab berat pulak nanti.

Syiling ni sebagai bekal Wafi ke asrama. Haritu alasan duit syiling dah habis sebab tu tak dapat call ibu. Ni ibu dah bawakkan banyak syiling kalau tak call memang ibu cubit²ðŸ˜‰

Ibu dah banyak kali pesan beli lah call card yang boleh online top-up di Koop tapi sampai sekarang tak beli juga.

Hurmmm...

Ibu tukarkan juga duit RM1, senang Wafi nak beli makanan kat Koop time rehat. Tunggulah sekolah implement cashless payment. Mudah sikit kerja.
 

6 comments:

  1. Betul tu, nanti terpaksa bawa ke bank untuk disimpan. Pernah sekali Encik Suami buka tabung, lebih RM400 duit syiling. Tapi dibuka dan ditular duit kertas sebab kakak ipar hendak gunakan untuk 'tabur-tabur' syiling waktu akikah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lumayan tu sampai RM400. Kalau pergi bank masukkam duit syiling dalam mesin kira bingit juga tunggu banyak tu😅
      Wahhh... bestnya masih ada lagi acara tabur duit syiling. Pasti kanak² suka.

      Delete
  2. Skang nie duit rm1 berebut2... Hahaha.. Anak 3 yang bersekolah, memang guna duit rm1 banyak lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagi duit RM1 senang kot makcik kantin nak bagi balance.

      Delete
  3. Saya masih banyak syiling ringgit. Terkadang tiap kali habis dari Malaysia pasti masih tersisa udang ringgit. Kalo currency negara lain yg jarang saya datangi, biasa langsung habiskan di bandara negara tersebut.

    Tapi kalo Ringgit selalu saya simpan, Krn rutin ke sana kan 😄. Bisa dipakai lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bolehlah beli kuih.. kalau sebiji harga 60 sen, beli 2 biji guna 20 sen syiling. 1 ringgit guna duit kertas 😂

      Delete