Pages

Saturday, June 8, 2024

Menjelang PPT

Esok Wafi akan mula menjalani Peperiksaan Pertengahan Tahun (PPT) dan akan dimulakan dengan subjek Sejarah dan Geografi.

Pilu bila Wafi call sebentar tadi mengadu tentang kerisauannya terhadap 2 subjek tersebut. Ibu dengar tangisan dan esakannya.

Allah... rasa nak terbang terus ke sana dan peluk ketat² anak ini. Ibu tau Wafi perlukan kata² semangat dan pelukan ibu. 

Walau jadual harian padat dengan kelas, sukan kriket, prep dan aktiviti lain awak telah berusaha lebih selepas Ujian Diagnostik tempohari. Allah nampak usaha awak. 

Walau ibu ayah jauh tapi Allah sentiasa ada. Kebergantungan kita hanya kepadaNya.

Ibu sentiasa doakan kesejahteraan, ketenangan, kebahagiaan anak² ibu dunia dan akhirat.

Ya Allah

Allahumma Ya Alim Ya Hakim Ya Roshid, sesungguhnya Engkaulah yg Maha Memiliki Ilmu, Maha Bijaksana dan Maha Cerdas. 

Kurniakanlah kepada anak kami keberkatan dan kefahaman terhadap ilmu yang mereka pelajari, kebijaksanaan dalam menjawab setiap soalan dengan betul, dan kecerdasan dalam menyelesaikan kertas peperiksaan mengikut waktu yang ditetapkan.

Allahumma Ya Baasit Yang Maha Melapangkan, lapangkan dada anak-anak kami Ya Allah, agar mereka tenang ketika di dewan peperiksaan dan jelas ketika melihat soalan.

Allahumma Ya Salam Ya Mu’min, Yang Maha memberi keamanan dan kesejahteraan, berikanlah kesihatan yang sempurna dan keamanan sepanjang tempoh ini.

Allahumma Ya Mani’ (Yang Maha Mencegah), cegahlah mereka daripada penyakit lupa, lalai, cuai, was-was, resah gelisah, lemah semangat dan ketakutan yang berlebihan.

Allahumma Ya Aziz Ya Qowiy Ya Matin,

Ya Allah Yang Maha Perkasa, Maha Kuat dan Maha Teguh. Kurniakan kekuatan kepada jiwa, minda, mata telinga dan seluruh jasad mereka dalam mengharungi ujian dan cabaran peperiksaan ini.

Allahumma Ya Quddus Ya Jalil, Yang Maha Suci dan Maha Jernih, bersihkan dan jernihkan hati dan fikiran mereka daripada bisikan syaitan dan nafsu yang melemahkan semangat mereka.

Ya Rahman Ya Rahim Ya Ro’uf Ya Karim, jadikan peperiksaan ini sebagai medan untuk mereka dan kami menjadi hambaMu dan khalifahMu di bumi, semoga dengan kecemerlangan peperiksaan ini membawa mereka dan kami lebih hampir kepadaMu.

Ameen Ya Mujib (Yang Maha Memakbulkan)

10 comments:

  1. Insya-Allah.. Semoga dipermudahkan urusan wafi dalam menjawab soalan PPT. Aamin

    ReplyDelete
  2. In syaa Allah, semuanya akan berjalan lancar.

    ReplyDelete
  3. semoga dipermudahkan buat Wafi...all the best...

    ReplyDelete
  4. Semoga nanti dengan doa kakak sebagai ibunya, wafi bisa mengerjakan segala ujian dengan baik yaa, dan mendapat nilai cemerlang 🤗❤️❤️

    ReplyDelete
  5. Moga dipermudah urusan Wafi ya. Moga Allah pimpin jari jemari Wafi untuk menjawab jawapan yang tepat mengikut skima pemarkahan.

    ReplyDelete